Kuliah Maghrib 9.10.2012 / 23 Zulkaedah 1433 Kitab Bidayatul Hidayah. Sambungan dari bulan lepas berkaitan doa yang dibaca oleh Rasullullah saw selepas solat sunat Subuh (dalam Bab 7 - dari m.s. 49 ke m.s. 56). Ini adalah bahagian permulaan dari maksud doa Rasullullah s.a.w. : "Ya Allah!, sesungguhnya aku memohon akan Dikau akan rahmat yang turun dari sisi Mu, yang dengannya Engkau memberi hidayah di dalam hatiku, dan dengannya Engkau himpunkan yang bercerai-cerai daripada segala urusan ku, dan dengannya Engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada segala pemikiran ku dan dengannya Engkau pulangkan segala yang menjinakkan hati ku, dan dengannya Engkau perbaikan akan agama ku." "dan dengannya kau peliharakan sesuatu yang aib daripada padangan ku, dan dengannya kau terima syahadaku (penyaksian ku) dan dengannya Engkau bersihkan segala amalan ku dan dengannya Engkau putihkan akan muka ku dan dengannya Engkau ilhamkan kepada ku akan pertunjuk ku dan dengannya Engkau tunaikan segala hajat ku dan dengannya pula Engkau peliharakan akan aku daripada segala kejahatan." Di akhir kuliah ustaz memperkenalkan sebuah buku baru yang diterbit oleh U Wise Enterprise dengan harga RM10. Untuk mendapatkan buku ini sila klik blog U Wise Enterprise |
Wednesday, October 10, 2012
Berlaku adillah, jangan berbuat zalim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment