- MESKIPUN golongan kuffar sudah tiada di kota Makkah, sunnah “raml’ (tawaf dengan berjalan pantas dengan langkah pendek pendek) tiga pusingan awal tawaf dikekalkan, sebagai meneruskan sunnah daripada sejarah Nabi s.a.w.
- Afdal tawaf dalam bentuk “raml” seboleh-bolehnya tubuh orang yang tawaf berdekatan dengan Baitullah, bererti medekati Kaabah rumah Allah mendapat berkat.
- Jika jauh dari Kaabah bererti pusingan tawaf berkeadaan “ram!” akan bertambah jauh, ia akan penat yang berlebihan dan boleh membawa kemudaratan, lebih-Iebih lagi kepada mereka yang berusia tua.
- Sekiranya tawaf bentuk “raml” tidak dapat dilakukan dekat dengan Baitullah kerana manusia terlalau ramai, maka “raml” dalam keadaan jauh lebih afdal iaitu keluar dari tempat berasak-asak dapat menghindar danipada terpijak kaki orang lain.
- Setelah selesai “raml” tiga kali maka bolehlah dia merapatkan kembali rapat dekat Baitullah yang mulia itu, ketika itu dia boleh meneruskan tawaf dengan berjalan biasa untuk empat pusingan yang akhir.
- Sekiranya orang yang tawaf berpeluang untuk kucup “Hajar Aswad” setiap pusingan maka lakukanlah kerana itu yang terbaik.
- Lantaran orang terlalu ramai menyebabkan sukar untuk berbuat demikian, sebagai gantinya bolehlah dia melambaikan tangan ke arah Baitullah, kemudian dikucupnya tangan yang melambai Kaabah tadi sebagai tanda hormat dan sayang kepada Rumah Allah yang berkat itu.
- Begitu juga kucup atau menjamah dengan tangan terhadap ‘Rukun Yamani’ (penjuru sebelum penjuru Hajar Aswad) juga disunatkan berbanding Rukun yang lain.
- Sesudah tawaf tujuh kali jika berpeluang pergi ke Multazam (ruang sehasta dua hasta di antara penjuru Hajar Aswad dengan pintu Kaabah), kerana tempat ini dikira tempat yang sangat mustajab untuk berdoa.
- Kalau boleh rapatkan tubuh dengan Baitullah dan bergayut di kelambu Kaabah, dan pipi sebelah kanan dan tangan lekapkan pada Baitullah.
- Dalam keadaan begitu sambil berdoa: “Allahumma ya Rabbal Baitil ‘Atiq, a’tik roqobati minan Nar. Allahumma haza maqamul A’izibika minan Nar" yang bermaksud: “Allahumma yang menjadi Tuhan rumah yang begitu lama, tolonglah lepaskan tengkukku daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku inilah tempat orang yang hendak berlindung denganmu daripada api neraka.”
- Ini suatu bukti bahawa kemuncak hidup manusia ialah berusaha untuk melepaskan diri daripada api neraka dan masukan diri dan jiwa ke dalam syurga.
- Selepas berdoa di Multazam dengan doa yang diajar oleh Nabi s.a.w., sewajarnya diikuti dengan doa kesejahteraan bagi seluruh keluarga daripada ancaman azab api neraka.
- Kemudian hendaklah berdoa untuk hajat tertentu dan mohon ampun daripada sebarang dosa, setelah selesai melakukan ibadat utama di Multazam beredarlah menuju ke belakang ‘Maqam Ibrahim’ untuk tunai dua rakaat solat sunat tawaf.
- Sesudah itu bendoalah dengan: “Allahummayassirli al yusro wa jannibni al ‘usro waghfirli fil ukhra wal-ula” yang bermaksud: “Wahai Tuhan permudahkanlah untukku yang mudah, jauhkan danipadaku perkara yang sukar, ampunkanlah dosaku yang dahulu dan akan datang.”
- Mohon permudahkan perkara yang mudah ialah mudah iaitu “syurga,” elakkan barang susah maksud yang susah ialah “neraka.”
- Maksudnya masuk syurga itu di permudah oleh Allah SWT telah menetapkan kaedah; satu kebajikan nilanya 10. Sudah berpahala walau baru berniat hendak melakukan kebajikan.
- Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan jalan yang mudah. Dan adapun onang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup (tidak memerlukan Allah), serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” (Surah Al-Lail ayat 5 hingga l0).
- Antara syurga itu Allah SWT namakannya ‘Al-Yusro” barang mudah, niat hendak buat kebajikan, Tuhan janjikan pahala yang nialainya ialah syurga.
- Sedang satu kejahatan tetap dengan nilai saW sahaja, niat hendak buat kejahataan belum dikira berdosa, sebaliknya jika berjaya menghalang danipada melakukan kejahatan yang te!ah diniatkan akan mendapat pahala kebajikan.
- Hakikatnya masuk syurga itu mudah dengan kaedah yang diatur oleh Allah SWT. Sementara memasuki nenaka suatu yang payah jika menunut kaedah agama, kerana satu kejahatan tetap dengan nilai satu juga.
- Justeru itu doa; wahai Tuhan, aku mohon permudahkan benda yang mudah iaitu “syurga,” tolonglah wahai Tuhan elakkan perkara yang susah iaitu “neraka.”
- Dikatakan susah kerana satu kejahatan nilai dosanya satu juga. Berbanding satu kebajikan bernilai 10 tentulah lebih mudah untuk mendapat pahala yang banyak.
- Sekiranya seseorang tidak dapat masuk syurga sedangkan Allah SWT telah permudahkan dengan kaedah rahmat-Nya satu kebajikan bernilai 10 bahkan ada ayat yang menunjukkan berlipat hingga 700 kali ganda seperti yang dijelaskan oleh firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 261.
- Jika dengan Rahmat Allah Yang Maha Pemurah, manusia tenjerumus juga ke kawah neraka, ini membuktikan dia sudah tersalah langkah. Terpaksa salahkan diri yang telah menzalimi sendiri.
|
No comments:
Post a Comment