Friday, January 25, 2013

Kursus Asas Haji

Dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Asas haji (KAH) bagi Musim Haji 1434H sebagai pendedahan dan persiapan sebelum berangkat ke tanah Suci.

Bagi kawsan Ampang, Masjid Taman Kosas telah dipilih sebagi tempat KAH musim ini dengan kerjasama Pengurus TH Mini Bandar Baru Ampang iaitu Tuan Haji Noramat Bin Abdul Rahman.

Pendaftaran Kursus Asas Haji
    • Tarikh     : 26 Januari 2013 / 14 Rabi'ul Awal 1434 H
    • Tempat   : Masjid Taman Kosas
    • Masa      : 9.30 pagi
    • Yuran     : RM70.00

NAMA MASJIDTARIKHHARI / MASANAMA PENCERAMAH
Masjid
Taman Kosas Ampang
Mula: 
26/01/2013    
Akhir: 
18/05/2013
Hari   : Sabtu
Masa :  9.30pg
  1. IBADAT HAJI  
    Ustaz Hj. Nukman Bin Fadzil 
  2. PENGURUSAN HAJI
    Hj. Noramat Bin Abdul Rahman  
  3. PERMASAALAHAN WANITA
    Ustazah Endun Binti Biran
  4. KESIHATAN
    Hj Abdullah Bin Talib

Ust Hashim fahmi
Maklumat lanjut : klik sini untuk Jadual Kursus bagi Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor

Sunday, January 20, 2013

>

CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASUL 1434H

USTAZ WAN SOHOR BANI LEMAN

30 JANUARI 2013 (18 RABIULAWAL)

RABU SELEPAS SOLAT MAGHRIB

 

Gambar daripada Ust Mohd Ghhoffur

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya . (Al-Ahzab ayat 56).

Thursday, January 17, 2013

Kuliah Ustaz Ishak Din

Kuliah Maghrib 16.1.2013 / 4 Rabiulawal 1434 (Rabu)

Harta Pusaka 
    Sebelum di faraid (dibahagikan) hendaklah diselesaikan beberapa perkara. 
    Perkara yang MESTI diselesaikan sebelum harta itu di bahagi-bahagikan ialah:
  1. Bereskan semua perbelanjaan pekembumian simati (pengurusan jenazah).
  2. Selesaikan hutang-hutangnya sama ada terhadap manusia atau terhadap Allah. Puasa - bayar fidyah atau puasa ganti bagi simati.
  3. Sempurnakan wasiat-wasiatnya jika ada. Wasiat yang dibenarkan oleh syarak tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta. Tidak ada wasiat pada ahli waris. Wasiat hanya pada orang lain yang tiada ikatan dengan waris.
    Golongan-golongan waris yang MESTI terima pusaka:
  1. Ibu - ibu yang melahirkan anak
  2. Bapa - bapa kandung
  3. Suami atau isteri
  4. Anak lelaki
  5. Anak perempuan
    Sebab-sebab yang boleh seseorang itu menerima pusaka (menguasai):
  1. Sebab keturunan
  2. Sebab pernikahan
  3. Sebab agama
  4. Hamba sahaya
  5. Baitulmal

Monday, January 14, 2013

Empat Perkara Wajib Tahu

KULIAH ZOHOR BULANAN - USTAZ YUSOF EMBONG
13 Januari 2013 / 1 Rabi'ul Awal 1434 H 

Dari surah Al-Asr 4 perkara setiap insan wajib mengetahui dan mengamalkan. 

  1. Ilmu (Iman). Iman dibina berdasarkan ilmu. Ilmu itu ialah makrifatullah pada asma dan sifat2NYA, mengenal rasulNYA, mengenal agamaNYA dengan dalil serta beramal dengan ilmu itu.
  2. Amal 
  3. Dakwah 
  4. Sabar

Sunday, January 13, 2013

Adab-adab Berdoa

Kuliah Maghrib  12.1.2013 / 29 Safar 1434 (Sabtu)
Ustaz Mohd Ghhoffur Daud

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis 10 - Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima
 

Kuliah ini adalah sambungan pada 8.12.2012. Klik disini untuk catatan bulan lepas.
 Adab-Adab Berdoa
  1. Ikhlas
  2. Mengangkat kedua tangan pada tempat yang sepatutnya
  3. Menghadirkan hati dalam berdoa
  4. Perbanyakkan doa (mengulang-ulangi doa) setiap kali kepada Allah
  5. Merendahkan suara
  6. Bersungguh-sungguh ketika berdoa
  7. Menaruh kepercayaan terhadap Allah
  8. Berdoa dengan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis nabi s.a.w.
  9. Memulakan doa dengan lafaz pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta berselawat ke atas Nabi s.a.w. 
  10. Mengaminkan doa beramai-ramai (berjamaah), amin bermaksud mustajabkan atau perkenankanlah
  11. Menjauhi sifat putus asa (tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doa belum dikabulkan)
  12. Memilih waktu yang terbaik seperti waktu akhir malam, selepas solat, masa berbuka puasa, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah
  13. Memperbanyakkan doa semasa senang dan semasa susah
  14. Menjauhi perkara-perkara yang haram umpamanya, makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, ada 10 perkara antara sebab atau tanda-tanda hati menjadi keras:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Thursday, January 10, 2013

Syarat-syarat musafir

Kuliah Maghrib 9.1.2013 / 26 Safar 1434
Ustaz Nazeri Mustapha
Kitab Fikah Mazhab Syafie

Bab Solat Jamak Takhir
    Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]
Syarat-syarat Musafir
  1. Jarak Perjalanan 
  2. Tempuh Perjalanan 
  3. Jenis Musafir
Antara kekeliruan/kesilapan yang boleh disenaraikan adalah:
    [a] - Solat jamak hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.
    [b] - Ianya mesti dilakukan secara pakej, iaitu dilakukan berserta dengan solat qasar.
    [c] - Apabila di dalam pertanyaan menyebut ‘menjamakkan solat’ yang dimaksudkan oleh penanya adalah melakukan solat jamak dan qasar. Bukan solat jamak sahaja.
    [d] - Tidak melakukan solat jamak kerana tidak tahu lafaz niatnya.
    [e] - Tidak boleh melakukan solat jamak melebihi tempoh tiga atau empat hari (kerana terkeliru antara solat jamak dan solat qasar)
Sumber rujukan: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/051-pencerahan-kepada-kekeliruan.html

Wednesday, January 9, 2013

Kutipan Hari Jumaat Tahun 2012



    Jazaakumullah khairan kepada para jamaah, semoga ia menjadi amal jariah yang diterima Allah swt.