Thursday, January 10, 2013

Syarat-syarat musafir

Kuliah Maghrib 9.1.2013 / 26 Safar 1434
Ustaz Nazeri Mustapha
Kitab Fikah Mazhab Syafie

Bab Solat Jamak Takhir
    Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]
Syarat-syarat Musafir
  1. Jarak Perjalanan 
  2. Tempuh Perjalanan 
  3. Jenis Musafir
Antara kekeliruan/kesilapan yang boleh disenaraikan adalah:
    [a] - Solat jamak hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.
    [b] - Ianya mesti dilakukan secara pakej, iaitu dilakukan berserta dengan solat qasar.
    [c] - Apabila di dalam pertanyaan menyebut ‘menjamakkan solat’ yang dimaksudkan oleh penanya adalah melakukan solat jamak dan qasar. Bukan solat jamak sahaja.
    [d] - Tidak melakukan solat jamak kerana tidak tahu lafaz niatnya.
    [e] - Tidak boleh melakukan solat jamak melebihi tempoh tiga atau empat hari (kerana terkeliru antara solat jamak dan solat qasar)
Sumber rujukan: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/051-pencerahan-kepada-kekeliruan.html

No comments: