Sunday, January 13, 2013

Adab-adab Berdoa

Kuliah Maghrib  12.1.2013 / 29 Safar 1434 (Sabtu)
Ustaz Mohd Ghhoffur Daud

Hadis 40 Imam Nawawi

Hadis 10 - Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima
 

Kuliah ini adalah sambungan pada 8.12.2012. Klik disini untuk catatan bulan lepas.
 Adab-Adab Berdoa
  1. Ikhlas
  2. Mengangkat kedua tangan pada tempat yang sepatutnya
  3. Menghadirkan hati dalam berdoa
  4. Perbanyakkan doa (mengulang-ulangi doa) setiap kali kepada Allah
  5. Merendahkan suara
  6. Bersungguh-sungguh ketika berdoa
  7. Menaruh kepercayaan terhadap Allah
  8. Berdoa dengan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis nabi s.a.w.
  9. Memulakan doa dengan lafaz pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta berselawat ke atas Nabi s.a.w. 
  10. Mengaminkan doa beramai-ramai (berjamaah), amin bermaksud mustajabkan atau perkenankanlah
  11. Menjauhi sifat putus asa (tidak merasa kecewa atau berputus asa apabila doa belum dikabulkan)
  12. Memilih waktu yang terbaik seperti waktu akhir malam, selepas solat, masa berbuka puasa, hari Jumaat, antara dua khutbah solat Jumaat, antara azan dan iqamah
  13. Memperbanyakkan doa semasa senang dan semasa susah
  14. Menjauhi perkara-perkara yang haram umpamanya, makan dan minum serta berpakaian dari barang yang halal
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, ada 10 perkara antara sebab atau tanda-tanda hati menjadi keras:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

No comments: