Jaga adab ziarah orang sakit
26 Syawal 1434 H / 2 September 2013
Harakah : Mauidzah TGNA
SESIAPA jua berfikir mengikut cara Islam, tidak dapat lari daripada memikirkan ehwal akhirat.
- Jika dia sedar dengan sikap malas belajar ilmu dan ibadat, akhiratnya pasti terjejas. Nescaya dia berjuang sedaya mungkin untuk jadi rajin. Rajin belajar ilmu dan beribadat, rajin bantu orang serta rajin dalam segala lapangan, agar selamat kehidupannya di akhirat.
- Tiada cara lain, mesti dengan reda Allah SWT melalui pahala yang disiapkan sendiri bekalannya di dunia ini. Tiada pihak lain yang akan memberi pahala percuma di Mahsyar kelak. Hanya amalan salih semasa di dunia yang akan menjadi sumber pahala.
Jika berfikiran begitu, tiada perkara berat dan malas untuk melakukannya.
- Ingat kepada pahala akhirat akan mendorong seseorang rajin berusaha menuntut ilmu atau mengajar ilmu, serta rajin beramal berdasar ilmu yang dimiliki. Allah SWT tidak beri kuasa mengampun dosa makhluk kepada pihak lain, hatta kepada Nabi s.a.w. Tetapi apabila Tuhan sendiri beri jaminan ampunkan dosa, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk
merebut keampunanNya, dengan bertaubat nasuha dan mohon ampun dengan bersungguh-sungguh.
- Antara manusia yang akan diampunkan dosanya, ialah mereka yang sanggup melepaskan apa jua bala yang menimpa seseorang dan menggembirakan hatinya. Alangkah baiknya jika dapat menolong segala permasalahan sepenuhnya atau seberapa yang terdaya, asalkan usaha tersebut wujud dalam program hidupnya.
- Sukar untuk menemui orang memberi pertolongan hingga sepenuhnya. Yang pentingnya tetap ada walaupun dengan kalimah yang baik (kalimatin toyyibatin), yang dapat menyenangkan hati orang yang mendengarya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik amal yang disukai oleh Allah SWT ialah mendatangkan rasa gembira ke hati orang mukmin.”
- Antara amal yang disukai Allah SWT ialah melepaskan kerunsingan seseorang, sama ada tolong selesaikan hutangnya atau beri makan kepada yang dalam kelaparan. Setengah daripada tanggungjawab orang Islam ialah melawat atau menziarahi orang sakit. Sama ada dengan tangan kosong dan memadailah mtuk mendapat pahala melawat.
- Ataupun dengan membawa buah tangan yang munasabah untuk orang sakit, ia akan menambah rasa gembira di hati orang yang dilawatinya.
- Antara adab menziarahi orang sakit ialah tidak terlalu lama menziarahinya. Melawat acap kali memang digalakkan tetapi sekejap sejenak sahaja. Jika terlalu lama duduk menziarahi akan menimbulkan kegelisahan di hati orang yang sakit. Mungkin sebahagian masanya akan digunakan untuk perkara perlu sebagai orang sakit.
- Kurangkan pertanyaan kepada pesakit, mungkin jadi beban bagi pesakit menjawabnya. Kena tunjuk rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Menunjuk wajah gembira boleh menimbul salah anggapan, seolah sukacita atas musibah yang dialami sahabat yang diziarahi itu.
- Sebaiknya perlihatkan rasa simpati dengan wajah runsing, di atas musibah yang menimpa
sahabat itu. Sayogia doakan pesakit agar segera disembuhkan oleh Allah SWT, disusuli dengan
harapan agar Tuhan mengkafaiah dosa kecilnya, dengan adanya penyakit yang melanda dirinya.
- Semoga doa orang melawat akan menjadi punca penyembuhan kepada penyakit yang ditanggung,
setelah pelabagai rawatan yang kurang memberi kesan. Hindani danipada melihat ke arah
sudut yang orang sakit itu merasa malu. Misalnya pada pakaiannya yang lusuh dan
kotor, atau cadarnya yang cemar disebabkan sesuatu danipada penyakitnya.
- Sewaktu beri salam dan minta izin untuk ziarah, usahlah ketika dia berada di ambang pintu rumahnya. Jika bénbuat demikian mungkin menimbulkan perkara yang menyulitkan diri pesakit yang belum sesuai untuk dilawati di saat itu. Sayogia ketuk daun pintu dengan lembut bersopan, ketukan yang keras boleh memeranjatkan pesakit yang sedang berehat melelapkan mata.
- Perbuatan itu jadi suatu gangguan, yang bercanggah dengan tujuan melawat orang sakit, ziarah untuk menyenangkan hatinya. Apabila tuan rumah bertanya siapakah yang datang itu? Janganlah jawab ‘saya” (ana sahaja, Tanpa menyebut nama sebenar. Kerana jawapan begitu terlalu umum sukar diketahui oleh pesakit tuan rumah itu.
- Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit, maka Allah SWT berfirman dengan pengakuan Nya: ‘Sesungghnya engkau seorang yang baik sepanjang perjalananmu, kamu sudah menempah sebuah mahligai
dalam taman syurga.”
- Menziarahi orang sakit diiktiraf sebagai orang yang baik, kerana terpaksa melapangkan masa untuk tujuan tersebut. Mungkin terpaksa menangguhkan pekerjaan
yang boleh mendatangkan keuntungan. Semuanya berat belaka, tetapi ja menjadi
ringan dan mudah, kerana mengharapkan syurga yang dijanjikan Allah SWT.
- Berkata Saiyidina Uthman bjn Affan: “Bahawa Nabi s.a.w. berziarah ketika aku sakit dengan berdoa: Aku mohon kepada Tuhan Yang Esa. Yang Serba Cukup. Yang tidak beranak dan tidak diberanakan, Tuhan yang tiada tandingan, minta pelindung daripada semua keburukan yang kini kamu tanggung.’ Kata Saiyidina Uthman; Nabi s.a.w. acap kali berdoa begini ketika ziarahiku.
|
No comments:
Post a Comment