Permasalahan isu solat atas kerusi sudah dibahaskan dan kesimpulannya ada 2 pendapat.
- Pendapat ahli fekah, harus. Maknanya dibolehkan.
- Pendapat ahli usul, tidak boleh.
Isunya kedua² pendapat boleh dipakai asalkan si pelaku (orang yang solat itu) itu memahami dasarnya. Adakah dia seorang yang faham (belajar) fekah semata² atau dia juga mempelajari usuludin & tasauf.
Sekiranya dia mempelajari fekah sahaja, sebaik²nya ada taklik dari yang mengeluarkan fatwa dan memohon izin untuk mengamalkan mengikut fatwanya.
Namun begitu ada syarat²nya, termasuk :
- Dia istiqomah berjemaah.
- Tidak menggangu jemaah lain.
- Tidak melanggar aturan sap makmum.
Jika solat seorang diri,
- Merapatkan hadapan pada dinding.
- Tidak menjadi imam.
Wajib dia berdiri betul ketika mengangkat takbiratul ihram, jika dia masih mampu berjalan & berdiri.
Hanya boleh duduk sehingga selepas iktidal. |
Berkaitan kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:
- Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.
- Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri sebaris dengan jemaah di dalam safnya dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud, dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.
|
No comments:
Post a Comment