Wednesday, December 29, 2010

Munyatul Musolli - Ust Shaari Che In

Ini adalah kuliah Maghrib pada hari Selasa minggu yang keempat.
Kitab Munyatul Musolli (Yang Dicita-citakan oleh Orang yang Bersembahyang) ini ditulis dalam tulisan jawi lama dialek Patani hasil karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathoni.
Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq.

Monday, December 27, 2010

Kem Pratikal Ibadah

Pada musim cuti sekolah lalu, Sahabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Masjid Taman Kosas, Ampang mengadakan program “Kem Praktikal Ibadah” pada 24 hingga 26 Disember 2010.
Klik pada link PERKIM untuk artikel sepenuhnya.
Dato’ Ariffin Suhaimi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan penghayatan Islam dengan diiringi oleh Tn. Hj. Ahmad Bin Desa, Nazir Masjid Taman Kosas.

Sunday, December 19, 2010

Kuliah Zuhur di IPS - Ust Bakar

Masjid Institut Pertanian Serdang (IPS)
Apakah yang kita dapat dari mengingati mati? Apakah mesej yang cuba Allah s.w.t sampaikan kepada kita, dengan cara menyuruh kita mengingati mati? Dan Allah s.w.t berulang kali menyebut tentang hakikat kematian ini di dalam Al-Quran, antaranya ialah:-


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(AL-MUNAAFIQUUN; 63:11)


Ustaz menerangkan hal keadaan dimana kita nanti tidap berbuat-apa itulah pada 6 perkara dimana kitaakan lalui:
1 - ketika detik sakaratul maut
2 - ketika mayat dimandikan
3 - ketika dikapankan
4 - ketika disembahyangkan
5 - ketika mahu dihantarkan
6 - ketika hendak dimasukkan keliang lahad

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM TAHUN 2011 (1432 - 1433 H)

TARIKH HIJRI  TARIKH MILADI HARI PERAYAAN /KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1432 15-Feb-11 (Selasa) Maulidur Rasul
27 Rejab 1432 29-Jun-11 (Rabu) Israk dan Mikraj
1 Ramadhan 1432*   1-Ogos-11 (Isnin) Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1432 17-Ogos-11 (Rabu) Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1432* 30-Ogos-11(Selasa) Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1432 28-Okt-11 (Jumaat) Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1432*   6-Nov-11 (Ahad) Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1433 27-Nov-11(Jumaat) Awal Muharam/Maal Hijrah
* Tertakluk kepada perubahan
Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Takwim 2011 dan 1432



Takwim Miladi - Hijri

Saturday, December 18, 2010

Coretan kuliah minggu pertama & kedua

1 Disember (24 Zulhijjah 1431) - Rabu
Kuliah Maghrib
Ust Ishak Din : Permasalahan Aqidah Tauhid

5 Disember (28 Zulhijjah 1431) - Ahad
Kuliah Subuh
Ust Surizal Abd Rahim : Penawar bagi Hati

7 Disember (1 Muharram 1432) - Selasa
Kuliah Subuh
Ust Idris Ahmad

10 Disember (4 Muharram 1432) - Jumaat
Kuliah Maghrib
Ust M. Razi Asror

Sunday, December 5, 2010

Jadual Kuliah Disember

HARI
KULIAH PENCERAMAH TOPIK/KITAB
1 Rabu 24 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
2 Khamis 25 Maghrib Bacaan Yassin
3 Jumaat 26 Khutubah




Maghrib -
4 Sabtu 7 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Ilmu dan Ulama
5 Ahad 28 Subuh Ust Surizal Abd. Rahim Penawar bagi hati



Maghrib Ust Amran Talib Fiqh Sirah
6 Isnin 29 Maghrib Ust Zia ul Haq Mauzatul Mukminin
7 Selasa 1 Subuh Ust Idris Ahmad Cuti Awal Muharam 1432 Hijrah



Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
8 Rabu 2 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
9 Khamis 3 Maghrib Bacaan Yassin Ust Mohd Ghoffur
10 Jumaat 4 Khutubah Ust Mohd Ghoffur



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
11 Sabtu 5 Subuh Ust Dr Shafawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Mohd Ghoffur Hadis 40
12 Ahad 6 Subuh Ust Musa Baharuddin



Maghrib -
13 Isnin 7 Maghrib Ust Ahmad Subki Tawjid Quran
14 Selasa 8 Maghrib Ust. Fazlul Rahimi  Amalan Zikir dan Doa
15 Rabu 9 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
16 Khamis 10 Maghrib Bacaan Yasin Ust Nazeri Mustapha
17 Jumaat 11 Khutubah - Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
18 Sabtu 12 Subuh Ust Imran Al-Yamani *Kuliah pertama



Maghrib Ust M. Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
19 Ahad 13 Subuh Ust Zulkifli Shaari Umum



Maghrib Ust. Hanafi Abdul Malek Pengerusi SIDIM*
20 Isnin 14 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus Pedoman mati
21 Selasa 15 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Riyadusalihin
22 Rabu 16 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
23 Khamis 17 Maghrib Bacaan Yassin
24 Jumaat 18 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
25 Sabtu 19 Subuh Ust Dr Shafawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Ilmu dan Ulama
26 Ahad 20 Subuh -



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
27 Isnin 21 Maghrib Ust Ahmad Subki Osman Tajwid Al-Quran
28 Selasa 22 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
29 Rabu 23 Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah A. Sunnah Wal Jamaah
30 Khamis 24 Maghrib Bacaan Yassin
31 Jumaat 25 Khutubah Ust Mohd Ghoffur



Maghrib Ust Ahmad Shukri Ismail
*Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia

Thursday, November 25, 2010

Kuliah di Masjid Fatimah Az-Zahra'



KULIAH MAGHRIB KULIAH SUBUH
5.  Jumaat Forum Ibadah Qurban
6.  Sabtu

7.  Ahad

8.  Isnin TG Ust Hadi Awang
9.  Selasa

10.  Rabu

11.  Khamis Ust Nik Zawawi Salleh
12.  Jumaat Ust Farhan Mohd Suhut
13.  Sabtu Ust Asmadi Abd Rahman Ust Fadhil Noor Al Yamani
14.  Ahad
Ust Mashadi Masyuti
15.  Isnin

16.  Selasa

17.  Rabu

18.  Khamis

19.  Jumaat Ust Husni Harun
20.  Sabtu Ust Nazeri Mustapha
21.  Ahad Ust Mohammad Ibrahim
22.  Isnin Ust Ibrahim Yusuf
23.  Selasa Ust Shukri Harun
24.  Rabu Ust Halizal Alias
25.  Khamis Ust Hadi Talha
26.  Jumaat

27.  Sabtu Ust Rashdan Yunus Ust Amaran Talib
28.  Ahad Ust Ahmad Farid
29.  Isnin Ust Khairil Anuar
30.  Selasa Ust Solihin Mukhyi

Tuesday, November 23, 2010

Kuliah Ust Taib Azamuddin


Isnin (15 Zulhijjah 1431) - Kuliah Maghrib
Ustaz Taib Azamuddin telah memberi tazkirah malam tadi sebagai mengisi ruang kuliah yang kosong. Kebiasaannya malam Isnin minggu ke4 untuk kelas tajwid Al-Quran tetapi ditangguhkan atas sebab Ust Subki sekarang sedang berada di Mekah kerana menunaikan fardhu haji.
Kandungan tazkirah berkaitan pertembungan di antara kebenaran dan kebatilan.
Setiap muslim wajib menjalani kehidupan di dunia ini dalam nilai akhirat.

Sunday, November 14, 2010

Gotong royong membersih masjid


Ahad 14 Okt 2010 (7 Zulhijjah 1431)
Gotong royong membersih kawasan dalam dan luar masjid telah diadakan bersama AJK dan ahli jemaah Masjid Taman Kosas. Ia sebagai persiapan untuk menyambut Aidiladha pada 17 Okt nanti.

Penceramah di Taman Kosas

Berikut adalah sebahagian daripada penceramah yang memberi kuliah di Masjid Taman Kosas dan masjid-masjid disekitar Ampang. Kuliah yang disampaikan seperti kuliah Maghrib, Subuh, Muslimat, Dhuha, forum dan ceramah-ceramah yang mengabungkan beberapa orang ustaz.


Ust Ibrahim Zakaria
Ust M. Razi Asror
Ust Drs Sapawi Che Mat
Ust Rashdan Yunus

Ust Nazeri Mustapha
Ust Hadi Talha
Ust Mohd Ghhaffor
Ust Dr Azhar Yaakub


Ust Fazlul Rahimi
Ust Farhan Suhut
Ust Shukri Harun
Ust Ahmad Subki Osman


Tuesday, November 9, 2010

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang di Masjid Fatimah Az-Zahra'


8 Nov (1 Zulhijjah 1431).
Kuliah Tuan Guru selepas solat Maghrib
di Masjid Fatimah Az-Zahra' Taman Kosas, Ampang.

Maklumat selanjutnya boleh dibaca dalam blog Dewan Pemuda Pas Kawasan Ampang pada posting bertajuk: Al-Quran, Makkah - Dua 'Batu Pejal' Yang Tak Mampu Dimusnahkan

Sunday, November 7, 2010

Sunday, October 31, 2010

Kuliah pertama Ust Ramli

Gambar dari blog Surau Al-Amin

Mengikut jadual, kuliah Maghrib sepatutnya disampaikan oleh Ust Hadi Talha (jadual-kuliah-oktober). Disebabkan ustaz tidak dapat hadir maka kekosongan ini telah di isi oleh Ust Ramli Abu Bakar*.

Ceramah ustaz adalah berkaitan dengan soalan Rasulullah SAW kepada iblis. Allah S.W.T telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan. Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya "Berapa banyakkah temanmu dari umatku?" Pada kesempatan masa ini ustaz hanya menerangkan 2 daripada 10 golongan teman iblis tersebut iaitu hakim yang tidak adil dan orang kaya yang sombong. InsyaAllah jika diizinkan Allah, lapan golongan lagi tu akan dijelaskan dipertemuan yang akan datang.
 
Gambar dari blog bintudaud



*Yang berbahagia Ustaz Ramli merupakan Mudir Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz Ibnu Hajar , Kg Serting Tengah, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sunday, October 24, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

"Jangan tertipu dengan umur yang muda, bahawa mati bukan syaratnya tua dan jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati bukan syaratnya sakit"...kata-kata hikmah dari Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Masjid ini pada hari Ahad (24.10.2010) bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 ptg. Kursus di pimpin oleh ust. Abd Hamid Abd Ghani dari Jabatan Islam Wilayah Persekutuan. Kursus di bahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah teori pengurusan jenazah dan pada sesi kedua pula kaedah praktikal mengkafankan mayat dan solat jenazah.

Kursus ini terbuka kepada semua jemaah dan anak kariah Taman Kosas dengan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja.

8:30   - Pendaftaran/sarapan pagi
8:45   - Pengenalan kursus
9:00   - Syarahan mengenai kematian dan pengurusan jenazah (persembahan slide show)
12:30 - Kemusykilan/soal jawab
12:45 - Makan tengah hari dan Solat Zuhur
14:00 - Pengisian secara praktikal (2 kumpulan muslimin dan muslimat)
16:30 - Solat Asar dan bersurai

Sunday, October 17, 2010

Kuliah Ust Farhan

Rujukan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah karangan bekas Mufti Sabah Haji Said bin Haji Ibrahim.
Muka surat 30.

Terdapat banyak kisah yang di disampaikan oleh ustaz diantaranya tentang Panglima tentera Islam Khālid ibn al-Walīd.
Khalid al-Walid apabila ditanya oleh seorang ketua Farsi : “Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?” Beliau menjawab : “Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu BERJUANG untuk HIDUP, kami BERJUANG untuk MATI.

Saturday, October 16, 2010

Kuliah Duha

16 Oktober (8 Zulkaedah 1431)
Kuliah Duha Ust Abdullah Al-Iraqi bertempat di Masjid Fatimah Az-Zahra, Taman Kosas.
Syarah Kitab Bulughul Maram (Karya al-Imaam al-Hafidz ibnu Hajar Al–Atsqalany).
Sambungan pada bab Wuduk muka surat 34 - 39.
Periwayat hadith berkaitan wuduk
Dari Humran bin Aban (hamba Uthman)
Dari 'Ali
Dari 'Abdullah bin Zaid bin Ashim
Dari 'Abdullah bin Amr

Tuesday, October 12, 2010

Kuliah bulan Syawal/Zulka'edah

6. 10. (27 Syawal 1431)
Ust. Ishak Din
Kuliah Maghrib hari Rabu
Tanggung jawab sesama muslim adalah kerana Allah dan bukan atas bangsa. Seseorang yang mengaku melayu itu belum tentu ia bersaudara akan tetapi mereka adalah bersaudara jika meraka itu muslim.
Semua manusia di dunia ini mendapat nikmat tetapi rahmat hanya kepada orang muslim sahaja.
Tiga perkara yang dilarang atau diharam dilakukan terhadap muslim yang lain.
  1. Darah - haram menumpahkan darah (membunuh) sesama muslim.
    Walau bagaimanapun boleh bunuh atas tiga sebab:
    • Disabit kerana membunuh
    • Berzina - yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati
    • Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali)
  2. Harta benda - mengambil harta orang lain dengan zalim dan permusuhan (menipu, merompak)
  3. Kerhormatan atau maruah - mengaib, menghina, menjatuh air muka seseorang muslim yang lain
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
“Atas setiap muslim terhadap muslim yang lainnya diharamkan darah, harta, dan kehormatannya.” (Hr. Muslim)




10.10. (2 Zulka'edah 1431)
Ust. Musa Baharuddin
Ahad, Kuliah Subuh
Kitab Tarbiyah al-Aulad fi Al-Islam (Seni Mendidik Anak)
Penjelasan berkaitan melakukan aqiqah pada anak yang baru lahir.
Ibu bapa disunatkan untuk bersedekah dengan melakukan ibadat akikah untuk anak mereka iaitu dengan menyembelih seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung pada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)




11.10. (3 Zulka'edah 1431)
Ust. Ahmad Subki Osman
Ust. Ahmad Subki
gambar dari blog
misikemboja
Isnin, Kuliah Maghrib
Tawjid Al-Quran
Sifat-sifat huruf
Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
Itbaq menurut bahasa menutup atau mendempik.
Menurut istilah Ilmu Tawjid semasa menyebut hurufnya melengkung keliling lidah kelangit-langit.
Hurufnya ada 4 :  ص ,ض ,ط ,ظ
Semuanya dari jumlah huruf yang bersifat Isti'la' dan sifat bacaannya lebih kuat dari huruf Isti'la' iaitu sebanyak 7 huruf, iaitu tiga huruf lagi;   خ ,غ ,ق

Infitah bermaksud membuka. Menurut istilah tawjid semasa menyebut hurufnya hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit. Hurufnya ada 25. Tidak semua huruf bersifat infitah bersifat istifal (merendah) iaitu huruf qaf, kha' dan ghain dimana ketiga-tiga huruf ini bersifat infitah tetapi tidak bersifat istifal.

12.10. (4 Zulka'edah 1431)
Ust. Fazlul Rahimi
Selasa, Kuliah Maghrib
Dalil-dalil Doa selepas solat
Daripada Abu Umamah r.a. katanya; telah berkata bahawa seseorang pernah ditanya kepada Rasulullah S.A.W.;

Maksudnya: Wahai Rasulullah, do'a yang manakah yang lebih diperhatikan oleh Allah S.W.T. Jawab Baginda: Doa di tengah malam yang terakhir dan selepas solat wajib (At-Turmizi)
Ada 2 waktu:
  1. di penghujung malam
  2. setiap kali selepas solat wajib

Daripada Surah Ali-Imran
5 golongan ornag yang bertakwa
Orang yang bersabar (mempunyai kesabaran yang tinggi)
Orang yang benar (sadiqin) membenar apa yang datang dari Allah dan Rasul
Orang yang teguh pegangannya
Orang yang mengimpak hartaya
Orang yang sentiasa memohon ampun (bertaubat)

Sunday, September 26, 2010

Solat Sunat Istikharah

24 September (Jumaat)
15 Syawal 1431
Kuliah Maghrib
Ust. Razi Asror

Ustaz merujuk kepada kitab Hidayatul Solihin muka surat 102 berkaitan dengan solat sunat Istiharah. Daripada catatan di dalam kitab ini, bab ini telah dibaca pada 24 Sep., 2009. Pada kuliah tersebut ustaz juga menerangkan amalan bulan Rejab dimana tiada hadis yang sahih tentang amalan-amalan yang dilakukan di dalam bulan Rejab.

Makna Istiharah itu iaitu memohon kebajikan dariapda Allah SWT. Selepas salam berdoa kepada Allah dengan doa yang diajar oleh baginda saw iaitu :
 
 "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
(doa ini daripada ustazazhar.com dilaman solat-sunat-istikharah.html)

Saturday, September 18, 2010

Melawan Sihir dengan Sihir

18 September
(9 shawwal 1431)
Kuliah Subuh (Sabtu)
Ust Hadi Talha

Ada dua perkara yang di sentuh oleh ustaz pada kuliah ini. Pertama ustaz menerangkan akan hukum bagi orang yang terkena sihir pergi kepada tukang sihir untuk menghilangkan sihir dari dirinya. Kedua berkaitan apa cara atau kaedah untuk menghindarkan atau melindungi diri daripada sihir. Perkara-perkara yang diterangkan dan perbincangan akan hal ini boleh didapati di dalam laman-laman web berikut;
  • Orang yang terkena sihir bolehkah pergi ke tukang sihir untuk menghilangkan sihir dari dirinya? melawan-sihir-dengan-sihir
  • Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahwa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara pengobatan, semisal tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan. Hukum tentang Sihir dan Perdukunan/Paranormal

Kaedah melawan sihir melalui doa dan zikir.

Saturday, September 4, 2010

Qiam dan Kelebihannya

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.

Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.”(Muttafaqun ‘alaih)

Baca seterusnya qiam-dan-kelebihannya

Friday, September 3, 2010

Imam Terawih oleh Adik Muhammad

Malam ke 24 Ramadhan (Khamis malam Jumaat) solat sunat Tarawih telah di imamkan oleh adik Muhammad bin Ahmad Zahid. Ini merupakan kali kedua adik Muhammad telah dijemput sebagai imam jemputan. Tahun lepas adik Muhamad juga telah mengimamkan solat sunat Tarawih di masjid ini pada 27 Ramadhan bersamaan 19 Sep 2009.

Thursday, September 2, 2010

Puasa dan Zakat Fitrah

Tazkirah Ust. Ishak Din
1. 9. 2010 (22 Ramadhan 1431)
Apa itu puasa? Puasa dalam bahasa arab disebut shoum/syiam yang menurut bahasa adalah pengekangan/  penahanan diri. Sedangkan menurut syara’ ialah pengekangan yang khusus, iaitu pengekangan/penahanan diri dari makan dan minum serta jima’/hubungan seksual dan selainnya sesuai dengan yang telah dijelaskan oleh agama selama siang hari menurut cara yang disyariatkan.

Ramadhan berasal dari bahasa Arab, diumpamakan kepada teriknya sinar matahari, kerana di dalam bulan Ramadhan harus menahan dengan sabar dari makan minum dan menyantap segala jenis makanan, sedangkan melaksanakan perintah –perintah Allah menimbulkan suatu suhu panas dan terik. Rasa panas dan terik itulah yang menimbulkan Ramadhan.

Qiam Ramadhan dilakukan pada akhir Ramadhan iaitu 10 malam yang terakhir.

Ada pun masa (waktu) menunaikan zakat fitrah dibahagikan kepada empat.
  1. Sunat iaitu bermula awal Ramadhan
  2. Wajib iaitu tenggelamnya matahari akhir Ramadan sehingga saat didirikan solat sunat Aidilfitri
  3. Makruh iaitu selepas solat Aidilfitri (Idul Fitri)
  4. Haram, iaitu selepas terbenam matahari satu Syawal

Thursday, August 19, 2010

Tazkirah Ramadhan malam kesembilan

Ust. Ishak Din
(8 Ramadhan = 18 Ogos)
Hari Rabu hari yang kelapan kita berpuasa dan malam kesembilan kita mengerjakan solat sunat terawih.
Sudah ramai ustaz yang telah membincangkan berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh yang demikian ustaz pula menerangkan apakah perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa. Ada 10 perkara yang tidak membatalkan puasa.
  1. Berbekam atau suntik
  2. Menelan air liur yang bersih
  3. Mencabut gigi atau berkumur-kumur (makruh)
  4. Pitam yang tidak menhabisi sepanjang hari
  5. Muntah tidak sengaja
  6. Makan atau minum walaupun sampai kenyang (lupa)
  7. Sengaja merasa makanan yang di masak
  8. Mimpi bersetubuh disiang hari
  9. Bersahur. Syak bersahur tidak batal puasa (sebab asal malam) tetapi syak berbuka batal puasa (sebab asal siang)
  10. Niat puasa siang hari. Niat siang hari tidak jadi puasa walaupun tidak membatal puasa.

Saturday, August 14, 2010

Catatan Tazkirah Ramadhan

1 Ramadhan (Selasa malam Rabu)
Ustaz Fazlul Rahimi Maarop
Ustaz memulakan dgn membaca ayat 183 (Surah Al-Baqarah) >"Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar
>kamu bertakwa". Di negeri Selangor adalah menjadi kewajipan bagi Masjid dan surau untuk megadakan tazkirah pada solat terawih dan adalah wajib bagi kita mendengarnya. Kemudian ustaz menerangkan satu hadis nabi Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”

Monday, August 9, 2010

Panduan Puasa Ramadhan

Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
    “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

Baca seterusnya PanduanPuasaRamadhan

Sunday, August 8, 2010

Jadual Tazkirah Ramadhan

جدوال تذكرة بولن رمضان



Nota penting:
  1. Majlis berbuka dan moreh setiap hari disediakan.
  2. Solat Maghrib bermula selepas 15 minit berbuka.
  3. Solat terawih 8 rakaat diselangi tazkirah 30 minit selepas 4 rakaat.
  4. Tahlil arwah diadakan setiap hari selepas solat witir.
  5. Tadarus Quran untuk muslimin, muslimat dan remaja diadakan selama sejam setiap hari selepas tahlil sehingga 25 Ramadhan.
  6. Qiamullail akan diadakan pada sepanjang 10 malam terakhir, bermula pada 4 pagi dan selesai pada 5.15 untuk bersahur. Sahur disediakan oleh pihak masjid.
  7. Takbir di masjid dan rumah-rumah terpilih pada malam raya bermula dari jam 9.30 malam sampai ke tengah malam raya.

Monday, August 2, 2010

Forum D'Ambang Ramadan

Pada 1 Ogos (20 Sya'ban 1431H) pihak Masjid telah mengadakan Forum D' Ambang Ramadan. Ahli panelnya terdiri daripada Ust. Dr. Roslan Mohamed, Ust. Haryanto Rizal dan Ust. Raihan Abd. Aziz sebagai moderator. Oleh kerana Ust. Haryanto Rizal tidak dapat hadir maka forum ini di tukar kepada diskusi dengan dimulakan oleh Ust. Raihan.

PERSIAPAN RAMADAN
Ustaz Raihan menyatakan sebelum kita menghadapi Ramadan selesaikan 3 perkara ini iaitu menqadha puasa, kifarah (jika jimak di siang hari) dan fid'yah. Maka untuk itu ilmu mestilah ada.

Kemudian Ustaz Roslan memberitahu tntang 3 kelompok manusia yang pertama merasa kecewa dengan kedatangan Ramadan, golongan yang tidak merasa apa-apa (sama shaja denga bulan-bulan yang lain) dan yang ketiganya golongan yang gembira. Ustaz juga mengulas silap anggap terhadap Ramadan oleh segelintir masyarakat.

Seterus Ustaz Raihan menerangkan tentang maksud talkin iaitu untuk orang yang hidup. Kita sentiasa diulang-ulang dengar kepada ilmu atau pendidikan iaitulah secara talkin. Menyentuh tentang sejarah pensyariatan berpuasa yang diturunkan pada tahun kedua Hijrah. Di fardukan berpuasa bagi orang yang beriman (Ayat....). Ustaz juga mengingatkan tentang selepas ayat kefarduan berpuasa ada pula ayat yang berkaitan dengan hukum qisas (Ayat....).

Kembali pula kepada Ustaz Roslan dengan memberi penjelasan Ramadan sebagai bulan untuk berubah. Ustaz juga mengulas tentang maksud hadis yang sangat popular setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu berkaitan dengan pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat (rantai). Hadis dari.....
Maksud pada hadis tersebut adalah tentang kualiti puasa seseorang itu. Kualiti puasa itu dapat mengikat daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Sebelum Ustaz mengakhiri diskusi, beliau telah memberi beberapa sikap-sikap negatif orang melayu terhadap puasa.
Sebaliknya hendaklah kita jadi watak ulama'.

Ustaz Raihan pula menerangkan satu hadis nabi tentang doa yang kepada Aisyah. Minta syurga dan hindar neraka. Apa tujuan atau matlamat puasa? untk mencapai takwa. Oleh itu terdapat 7 martabat puasa: Muslim --> Iman (Mukmin) --> Amal (Solehin) --> Takwa (Muntaqin) --> Mukarabin ---> ...... ---> .......
Sebagai penutupnya ustaz memngajak hadirin jangan kita terlalu asyik memikirkan tentang sah atau tidak sah puasa itu sebaliknya renungkanlah adakah puasa kita yang lepas dan yang akan datang ini akan diterima Allah.

Friday, July 23, 2010

Kuliah Duha

Kitab terjemahan Bulughul Maram karya Al Hafiz Ibnu Hajr Al ‘Asqalani (773 – 852 H). Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad, Abdul Fadhli al Kinani as Syafi’i, yang masyhur dengan nama “Al ‘Asqalani” saja, lahir di Mesir tahun 773 H dan wafat tahun 852 H dalam usia 79 tahun.

Tujuh ahli hadith:
  1. Ahmad
  2. Bukhari
  3. Muslim
  4. Abu Dawud
  5. Tirmidzi
  6. Nasa'i
  7. Ibnu Majah
Enam ahli hadith:
  1. Bukhari
  2. Muslim
  3. Abu Dawud
  4. Tirmidzi
  5. Nasa'i
  6. Ibnu Majah
Lima ahli hadith:
  1. Ahmad
  2. Abu Dawud
  3. Tirmidzi
  4. Nasa'i
  5. Ibnu Majah
Empat ahli hadith:
  1. Abu Dawud
  2. Tirmidzi
  3. Nasa'i
  4. Ibnu Majah
Tiga ahli hadith:
  1. Abu Dawud
  2. Tirmidzi
  3. Nasa'i
Muttafaqun alaih iaitu Bukhari dan Muslim

Tuesday, July 20, 2010

Kitab Pedoman Mati

Alhamdulillah, pada kuliah Maghrib malam tadi (19.7.2010) tamatlah pengajian kitab Pedoman mati menurut al Quran dan Hadis (oleh H. M. Arsyad Thalib Lubis) yang disampaikan oleh Ust. Rashdan Yunus.
Pengajian kitab ini bermula pada 19.1. 2009. Ia mengandungi 23 pasal.
  1. Pasal I
  2. Banyak mengingat mati
  3. Pasal II
  4. Hal yang menolong mengingat mati
  5. Pasal III
  6. Tidak boleh mencita mati
  7. Pasal IV
  8. Terlarang membunuh diri
  9. Pasal V
  10. Sabar menerima percobaan
  11. Pasal VI
  12. Memperbuat wasiat
  13. Pasal VII
  14. Membayar hutang
  15. Pasal VIII
  16. Orang yang tidak dapat membayar hutang
  17. Pasal IX
  18. Penerang tentang taubat
  19. Pasal X
  20. Membaikkan sangka kepada Tuhan
  21. Pasal XI
  22. Hal-hal yang perlu dilaksanakan oleh orang yang sedang menghadapi mati
  23. Pasal XII
  24. Banyak berdzikir ketika menghadapi mati
  25. Pasal XIII
  26. Orang yang menghadapi mati melihat berbagai permandangan
  27. Pasal XIV
  28. Orang zalim dan orang kafir dipukuli malaikat ketika hendak mati
  29. Pasal XV
  30. Sakratul-maut dan Husnul-khatimah
  31. Pasal XVI
  32. Akhir kalam La ilaha illallah
  33. Pasal XVII
  34. Mentalkinkan orang yang dekat mati
  35. Pasal XVIII
  36. Membacakan surat Yasin bagi orang yang dekat mati
  37. Pasal XIX
  38. Ilmu keputusan yang sesat
  39. Pasal XX
  40. Orang yang dekat mati diberi tahukan berita yang menggembirakan atau menyedihkan
  41. Pasal XXI
  42. Ucapan dzikir ketika hendak tidur agar mati dalam Islam
  43. Pasal XXII
  44. Roh orang yang mati di bawa malaekat naik ke langit
  45. Pasal XXIII
  46. Keutamaan banyak orang menyembahyangkan jenazah
"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Pedoman mati bagi orang yang hidup dan orang yang akan mati perlu kepada pedoman hidup yang benar yang datang daripada Allah dan RasulNya."

Wednesday, July 7, 2010

Catatan Kuliah Maghrib dan Subuh bagi bulan Jun

  • 6 (Ahad) / 23 JamadilAkhir 1431 (Kuliah Subuh)
Ust. Surizal
Penawar bagi hati
Bab Lidah
  • 16 (Rabu)/ 4 Rejab 1431 (Kuliah Maghrib)
Ust. Ishak Din
Permasalahan Aqidah Tauhid
Mengapa kita mesti bertuhan kepada Allah sahaja?
- mengetahui tentang Asma (nama-nama Allah)
- Allah sendiri menamakanNya
- Allah itu lebih ghaib daripada benda-benda yang ghaib
Kesalahan yang paling besar ialah
1- menolak ketuhanan Allah 2- bertuhan selain kepadaNya 3- melakukan syirik denganNya
  • 30 (Rabu)/ 18 Rejab 1431 (Kuliah Maghrib)
Ust Dato' Taib Azimuddin (MP Baling)
Ustaz membincangkan Surah Ash-Shura ayat 13.

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ

"Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)."

Friday, June 25, 2010

Aktiviti Masjid dibulan Rejab

Aktiviti masjid-masjid sekitar Ampang dalam bulan Rejab.

Masjid Bukit Indah
Forum Perdana
20 Jun 2010 (8 Rejab 2010)


Masjid Fatimah Az-Zahra' (Taman Kosas)
Wacana Semasa : JUDI DAN ZIONIS
Pada 22 Jun 2010 (10 Rejab 1431)





















Masjid Al-Azim (Pandan Indah)
3 - 5 Jul 2010 (21 - 23 Rejab 1431)

Wednesday, June 16, 2010

JENIS SOLAT-SOLAT SUNAT

UST ISHAK DIN
Kuliah selepas Maghrib pada 2.6.2010 dan 16.6.2010 ustaz memberi penjelasan berkaitan jenis solat-solat sunat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis.
  1. yang mempunyai waktu
  2. yang tidak mempunyai sebab
  3. yang tidak mempunyai waktu dan sebab
I. Solat-solat sunat yang mempunyai waktu
  1. Solat sunat rawatib - Solat yang mengiringi solat fardu (makna rawatib)
  2. Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis,
    i - Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum mendirikan solat fardu)
    ii - Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas menunaikan solat fardu)
  3. Solat Witir (Ganjil)
  4. dilakukan selepas solat Isya'
  5. Solat Tahajud
  6. golongan solat yang didirikan pada waktu malam
  7. Solat Dhuha
  8. waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  9. Solat Tarawih
  10. Solat tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan waktunya di antara ‘Isya’ dan Subuh dan sebelum witir.
  11. Solat pada dua hari raya
    i - Aidil fitri (raya fitrah) dilakukan lewat sedikit
    ii - Aidil adha (raya qurban) diawalkan solatnya
II. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab
  1. Solat Tahiyatul Masjid
  2. Solat menghormati masjid. Dilakukan bila-bila masa sebab masuk masjid (sebab terdahulu) iaitu masuk dahulu ke dalam masjid sebelum duduk kecuali Masjidil Haram.
  3. Solat Sunat Ihram
    Sebab terkemudian, dilakukan selepas terbit matahari sebelum Asar.
  4. Solat Sunat Kahwin (nikah)
    Sebab terdahulu boleh dilakukan selepas Asar.
  5. Solat Sunat Gerhana
    Sebab terdahulu.
  6. Solat Sunat Wuduk
    Sebab terdahulu.
III. Solat-solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab
  1. Solat sunat tasbih
  2. Solat sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siang
Waktu yang diharamkan solat (ada 5)
  1. Selepas solat Subuh
  2. Waktu syuruk (terbit matahari)
  3. Waktu matahari tegak
  4. Selepas solat Asar
  5. Waktu matahari terbenam
  1. Solat yang tidak boleh dilakukan pada waktu di atas ialah solat-solat sunat yang mempunyai sebab terkemudian.
  2. Solat sunat yang tidak mempunyai waktu dan sebab seperti solat sunat Tasbih

Wednesday, June 9, 2010

Kursus Kesempurnaan Solat

Kursus Kesempurnaan Solat/Tahsinul Solat
Pada 5 & 6 Jun (2 hari 1 malam) untuk remaja berusia 13 tahun ke atas.
Anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Taman Kosas.
Rasional kursus ialah memberi pendedahan bagi meningkatkan kefahaman mengenai perlaksanaan solat secara teori dan pratikal dan kelebihannya di dalam membina syakhsiah diri yang sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Saturday, May 29, 2010

ڤناور باڬي هاتي

فصل يڠ كتيڬ ڤد مڽاتاكن ليده
Ust. Surizal Abd. Rahim
(ms. 10)

Wednesday, May 26, 2010

UST SHAARI CHE IN

Ustaz menyentuh pegangan tauhid dan kaitannya dengan solat.
Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan enam (6) sifat,
  1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud.
  2. Sifat Salbiyah iaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhubinafsihi, Wahdaniat.
  3. Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam.
  4. Sifat Ma’nawiah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun, Muttaqalimuun.
  5. Sifat Istighna, iaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun, Muttakallimun.
  6. Sifat Iftiqar, iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Qodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Wahdaniah.
Sifat yang ke 5 dan 6 adalah Sifat Ketuhanan yang
menghimpunkan Nafi dan Isbat pada sifat2 sebelumnya

Wednesday, May 19, 2010

PERMASALAHAN AQIDAH TAUHID

Ust Ishak Din
19.05.2010 (5 Jamadil Akhir 1431)
Mukadimah kuliah berkaitan beberapa perkara yang dilakukan di dalam solat tetapi tidak membatalkan solat.
  1. Menambah rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ ) tanpa sengaja (Rukuk, I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud)
  2. Menambah rakaat dengan terlupa.
  3. Menambah atau mengulang rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ ) dengan sengaja (Membaca al-Fatihah )
  4. Memandang kearah kekiri atau kekanan.
  5. Mengaru-garu dengan menggunakan jari-jemari.
  6. Berjalan melebihi 3 langkah tanpa berturut-turut atau mengaru-garu. Solat berjamaah jika Imam batal harus sahaja untuk diganti.
  7. Batuk, menguap atau bersin.
  8. Tidak khusyuk, teringat benda/perkara yang lalai.
  9. Meninggalkan perkara-perkara yang sunat termasuk sunat Ab'aah ( أبعاض ). Sunat Ab'aah ialah apabila meninggalkannya diganti dengan sujud sahwi.
  10. Mendatangkan syak (ragu) dalam dirinya serperti rasa keluar anagin atau tidak atau menahan kentut.
Orang yang lalai dalam solat tidak celaka tetapi orang-orang yang lalai mengerjakan solat itulah yang celaka. Orang yang berjaya orang yang khusyuk dalam solat. Ustaz menyatakan tak untung tidak semestinya rugi tetapi rugi itu memanglah tak untung.

Sambungan pada m.s. 8, Apakah faedah dan tujuan ilmu tauhid?
1. Kenal Allah.
Wajib kenal kerana ia adalah ilmu fardhu ain.
Awal agama adalah mengenal ALLAH - Awaluddin Makrifatullah
3 unsur hendak mengenal Allah:
Yakin, Tepat (Betul) dan Bukti (dalil).
Rujuk Mengenal Allah

5. 05. 2010 (21 Jamadil Awal 1431)
Ustaz memberi 8 soalan berkaitan tauhid.
  1. Mustahil Allah Taala itu buta?
  2. Jawapannya adalah salah, yang salah itu mustahil, melainkan wajib. Mustahil Allah itu buta sejak Azali (yang betul).
  3. Malakait adalah satu zat yang paling halus yang dicipta oleh Allah dari cahaya (nur).
  4. Ianya salah, bukannya zat yang betulnya ialah jisim yang halus.
  5. Tidak wajib bagi Allah Taala balas baik kepada orang yang berbuat baik.
  6. Betul.
  7. Mustahil Allah Taala mengetahui sesuatu yang mustahil.
  8. Salah, sebab tidak mustahil bagi Allah.
  9. Zat Allah, sifat Allah dan makhluk semuanya bersifat Kadim (kekal).
  10. Salah, Zat dan Sifat itu betul.
  11. Allah Taala amat berkuasa membuat sesuatu termasuk benda yang mustahil.
  12. Jawapannya salah.
  13. Mempercayai tentang kerasulan nabi Muhamad S.A.W, adalah termasuk rukun Islam yang kelima.
  14. Salah, yang betul ialah mengaku (pengakuan). Percaya itu adalah rukun Iman.
  15. Mustahil manusia kenal Allah.
  16. Salah, manusia adalah wajib mengenal Allah.

7.04.2010

Apakah itu Tauhid? اڤاكه ايت توحيد؟
Tauhid adalah salah satu komponen aqidah yang menjadi teras kepada umat Islam.
Ia adalah aqidah atau asas agama yang membentuk keimanan atau kepercayaan yang menegakkan syahadah atau pengakuan kita kepada kalimat 'La ilaha illallah' Tiada Tuhan selain Allah YAng Esa.

Perbezaan Zat & Sifat





Rujukan:
  • Permasalahan Aqidah Tauhid; Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato' Dr. Harun Din
  • Tauhid as-Salaf as-Soleh; Hj. Abdul Malek bin Husin

Monday, May 17, 2010

VCD - Ceramah Ustaz Kazim Alias

Kuliah Maghrib Ust. Farhan dibatalkan dan diganti dengan tayangan VCD ceramah Ust. Kazim.

Ustaz membincangkan tanda-tanda kiamat dan apa makna sifat takluk Allah diantaranya takluk sulhi qadim, takluk tanjizi qadim, takluk tanjizi hadith.

Saturday, May 15, 2010

3 DALAM 1

Kuliah Subuh
Ust. Amran Talib
Kitab: Bustanul 'Arifin karangan Imam An-Nawawi yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala".

Kuliah Duha
Ust. Abdullah Al-Iraqi
Kitab: Bulughul Maram
Ustaz menerangkan hadis ke-37. Dari Humran, bahawasanya Uthman pernah meminta air wuduk, lalu dia cuci dua tangannya 3 kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung dan menghembuskannya, kemudian dia cuci mukanya 3 kali, kemudian dia cuci tangannya yang kanan sampai siku 3 kali, kemudian yang kiri seperti demikian, kemudian dia mengusap kepalanya, kemudian dia cuci kakinya yang kanan sampai mata kaki 3 kali, kemudian yang kiri sedemikian, kemudian ia berkata: Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. berwuduk seperti wuduk saya ini. (muttafaq alaihi)

Kuliah Maghrib
Ust. Fadhli Ismail
Kitab: Tafsir Surah Juzuk 30
Surah Al-Maun bermaksud "Pertolongan" adalah surah ke 107 dan mengandungi 7 ayat.
Terjemahan ayat;



Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,


Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.


(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -


(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;


(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),


Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
.:.Ustaz hanya sempat memberi penjelasan tafsir dari ayat 1 hingga 3 sahaja.

Klik untuk dengar bacaan surah Al-Maa'uun.

Sunday, May 9, 2010

Karnival Kesihatan

Karnival Kesihatan yang diadakan memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan darah tinggi, cholesterol, soal-selidik kesihatan dan terdapat juga pameran, jualan dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.

Wednesday, April 21, 2010

HARTA PENINGGALAN RASULULLAH

UST. ISHAK DIN
KULIAH TAUHID (HARI RABU MINGGU PERTAMA DAN KETIGA)

Daripada Hadis Rasulullah SAW.
Maksudnya: Akan datang kepada umat Ku suatu masa, dimana umat Ku ini suka (cinta) 5 perkara dan benci 5 perkara.
  1. Mereka cintakan dunia dan benci akhirat. Apakah dunia? Dunia ialah sesuatu yang tidak berfaedah, tidak memberi keuntungan dan manafaat setelah kita mati.
  2. Cintakan hidup lawannya mati. Mencari sara hidup atau sara mati?
  3. Cintakan kekayaan lupakan hisab. Mereka lupa kepada hisab (perhitungan).
  4. Cintakan bangunan yang tinggi dan cantik, lupa kepada kubur (nialah rumahbagi orang yang tidak ada rumah). Apa yang ada di dalam kubur?
  5. Mereka cintakan makhluk, lupa kepada Allah. Sayang kepada manusia - manusia akan mati, maka bergantunglah kepada Allah (Al-Khaliq).

Monday, April 5, 2010

Mun-yatul Mushalli Syeikh Daud al Fathani - Pengetahuan sembahyang masyhur


Ust. Shaari Che In

Menurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, solat terbahagi kepada empat
bahagian iaitu:
1. Solat Fardhu Ain
2. Solat Fardhu Kifayah
3. Solat Sunat
4. Solat Makruh


1. Solat Fardhu Ain
  1. Solat orang yang hadir, yang mukim pada satu tempat, kawasan ataupun kediaman
  2. Solat orang yang musafir
  3. Solat Jamak bagi musafir dan hari hujan
  4. Solat Jumaat
  5. Solat di dalam keadaan ketakutan atau waspada seperti di dalam peperangan yang belum mengikuti (turut) di dalam peperangan itu
  6. Solat di dalam keadaan sangat takut atau waspada yang sudah terjadi dan turut serta di dalam peperangan itu dan di dalam keadaan yang tidak aman
  7. Solat Qadha (ganti) solat fardhu yang ditinggalkan
  8. Solat orang sakit
  9. Solat I'adah dua kali kerana rosak solat yang pertama
  10. Solat orang ma'zur iaitu yang diuzurkan (iaitu solat mereka yang ketiadaan air dan tanah)

2. Solat Fardhu Kifayah

i. Solat Jenazah
ii. Solat berjemaah


3. Solat Sunat

  1. Solat Sunat kedua-dua hari raya (Aidil Adha dan Aildi Fitri)
  2. Solat Sunat gerhana bulan dan matahari
  3. Solat Sunat mohon hujan
  4. Solat Sunat Rawatib
  5. Solat Sunat Witir
  6. Solat Sunat Dhuha
  7. Solat Sunat Taubat
  8. Solat Sunat Tahajjud
  9. Solat Sunat Istikharah
  10. Solat Sunat Tarawih
  11. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  12. Solat Sunat Tasbih
  13. Solat Sunat Zawal
  14. Solat Qadha solat sunat
  15. Solat Sunat balik dari bermusafir
  16. Solat Sunat Wudhu
  17. Solat Sunat Azan
  18. Solat Sunat Muthlaf
  19. Solat Sunat Hajat
  20. Solat Sunat Tawaf
  21. Solat Sunat tatkala hendak keluar rumah dan kembali
  22. Dan lain-lain lagi


4. Solat Makruh

  1. Solat di dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil atau buang angin
  2. Solat di dalam keadaan yang sangat lapar (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
  3. Solat di dalam keadaan yang sangat dahaga (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
  4. Solat di dalam keadaan yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir makanan di hadapannnnya atau hampir hadir (dihidangkan)
  5. Solat di dalam keadaan yang sangat mengantuk
  6. Solat tidak di dalam shaf
  7. Solat walhal jemaah sudah berdiri
  8. Solat pada waktu karahiyah, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab.
Perkara ini juga disebut dengan Waktu Tahrim1
(diringkaskan daripada kitab Bughyatul Thullab, halaman 108 sehingga 111,
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani)

Waktu Tahrim1 (waktu yang diharamkan solat)
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman
30 sehingga 32


Di salin daripada: /groups.yahoo.com/group/Iqrak/