Sunday, June 26, 2011

Sepakraga Bulatan dan T'shirt Kuning


Kejohanan sepakraga bulatan telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta di dalam kawasan masjid.
Program ini bertambah meriah dengan kehadiran  konvoi belia DUN Lembah Jaya.
Walau bagaimanapun kedatangan mereka turut diekori oleh pihak polis.

Berikut petikan dari blog bang-nan.
Pagi tadi, lebih 20 pemuda PAS Ampang yang berkonvoi dalam Program Konvoi Belia DUN Lembah Jaya 2011 telah dikepung di Masjid Taman Kosas. Kesemua mereka memakai baju Bersih 2.0 bertulisan jawi.
Di antara mereka yang ditahan ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Fazrul Rahimi, SU Pemuda Kawasan, Sdra. Shahril dan anak Azam dan 2 orang lagi. Setakat jam 7.00 petang mereka masih lagi belum dibebaskan. Baca seterusnya...

Friday, June 24, 2011

Kuliah Maghrib Ust. Ahmad Awang

Terlebih dahulu ustaz memohon maaf di atas kelewatan sampai ke masjid. Ustaz memberitahu dimana-mana masjid atau surau yang beliau memberi ceramah inilah tajuk yang akan beliau sampaikan. Tajuk itu ialah berkaitan dengan satu lapuran yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 23 Mei lalu yang bertajuk "Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol". Lapuran itu menyiarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Jika di ambil statistik mengikut bilangan kaum walaupun peratus kaum Indai dan Cina lebih tinggi tetapi majoriti bangsa Melayu yang paling ramai terlibat dengan arak.
Pada tahun 70an mana-mana pelajar yang mengambil peperiksaan SPM akan berjumpan dengan Surah Al Maidah ayat 90-91: "“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).”

Friday, June 17, 2011

Kembali ke rahmatullah

17 Jun 2011 (15 Rejab 1432) 
Tn. Hj. Abdulla Wahid, bilal Masjid Taman Kosas telah kembali ke rahmatullah di rumahnya petang tadi. Allahyarham sebelum ini telah di rawat di HKL dan kemudian dipindahkan ke Hospital Ampang. Jenazah telah disempurnakan di Masjid Taman Kosas dan dikembumikan di tanah perkuburan Taman Kosas selepas solat Asar. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para syuhada' was solihin, amin.

Wednesday, June 15, 2011

Solat Sunat Gerhana Bulan

Pagi ini (16.6.2011) telah berlaku satu fenomena gerhana bulan penuh di antara jam 1.25 pagi sehingga 7.01 pagi.

Pihak masjid telah mengadakan solat sunat gerhana bulan yang dipimpin oleh Ust. Nazeri (Imam 1) pada pukul 4.00 pagi. Sebelum dari itu taklimat diberi berkaitan kaifiat solat gerhana dilakukan.

Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya Solat Sunat Khusuf. Hukumnya adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang digalakkan.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Niat solat Sunat Gerhana adalah: "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"

Rakaat Pertama
  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Membaca Ta`awudz.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah (*surah al-A’laa).
  6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira sekadar membaca 100 ayat Al-Quran.
  7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah (*surah al-Ghaasyiyah).
  8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat Al-Quran.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara 2 sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah (*surah al-Syams)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
  4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah (surah al-Zalzalah).
  5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
  6. Iktidal.
  7. Sujud dan membaca tasbih.
  8. Duduk antara 2 sujud.
  9. Sujud kembali.
  10. Membaca tasyahud akhir.
  11. Memberi salam.

Selepas daripada itu Imam bangun dan menyampaikan dua khutubah.

Tuesday, June 14, 2011

Sifat-sifat huruf

Tajwid Al-Quran
Ust. Ahmad Subki Osman
Isnin, Minggu kedua dan keempat

Pembelajaran berkaitan sifat-sifat huruf yang bermula dari 10.5.2010 telah pun selesai pada 25.4.2011.

Sifat-sifat huruf ada 17 semuanya (pendapat mazhab Ibn Al-Jazari seorang ahli qiraat yang sangat terkenal) dan dibahagikan kepada 2 bahagian.
  1. Sifat-sifat berlawanan (5 pasangan yang berlawanan)
  2. Sifat-sifat tunggal (7 tidak berlawanan)
Sifat-sifat berlawanan
  1. Al-Jahr lawannya Al-Hams
  2. Asy-Syiddah lawannya Ar-Rakhawah
  3. Al-Isti'la' lawannya Al-Istifal
  4. Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
    • Itbaq menurut bahasa menutup atau mendempik.
    • Menurut istilah Ilmu Tawjid semasa menyebut hurufnya melengkung keliling lidah kelangit-langit.
    • Hurufnya ada 4 :  ص ,ض ,ط ,ظ
    • Semuanya dari jumlah huruf yang bersifat Isti'la' dan sifat bacaannya lebih kuat dari huruf Isti'la' iaitu sebanyak 7 huruf, iaitu tiga huruf lagi;   خ ,غ ,ق
    • Infitah bermaksud membuka. Menurut istilah tawjid semasa menyebut hurufnya hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit. Hurufnya ada 25. Tidak semua huruf bersifat infitah bersifat istifal (merendah) iaitu huruf qaf, kha' dan ghain dimana ketiga-tiga huruf ini bersifat infitah tetapi tidak bersifat istifal.
  5. Al-Izlaq lawannya Al-Ismat
Sifat-sifat tunggal
  1. As-Safir (Bersiul atau bedesir)
  2. Al-Qalqalah 
    • Qalqalah Sughra (kecil) 
    • Qalqalah Kubra (besar)
  3. Al-Lin
  4. Al-Inhiraf
  5. At-Takrir
  6. At-Tafasysyi
  7. Al-Istitalah

Sifat-sifat kuat dan lemah

Saturday, June 11, 2011

Empat Kejahatan Orang Tua Terhadap Anak

Oleh: Tim kajian dakwah alhikmah
Rasulullah saw. sangat penyayang terhadap anak-anak, baik terhadap keturunan beliau sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. mencium Hasan bin Ali dan didekatnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah saw. segera memandang kepadanya dan berkata, “Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” (HR. Bukhari di Kitab Adab, hadits nomor 5538).
Bahkan dalam shalat pun Rasulullah saw. tidak melarang anak-anak dekat dengan beliau. Hal ini kita dapat dari cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, putri Rasulullah saw.—Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian shalat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, Beliau mengangkat kembali.” (HR. Muslim dalam Kitab Masajid wa Mawadhi’ush Shalah, hadits nomor 840).
Peristiwa itu bukan kejadian satu-satunya yang terekam dalam sejarah. Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan dari ayahnya bahwa, “Ketika waktu datang shalat Isya, Rasulullah saw. datang sambil membawa Hasan dan Husain. Beliau kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk shalat. Ketika sujud, Beliau pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuah peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Beliau kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.” (HR. An-Nasai dalam Kitab At-Thathbiq, hadits nomor 1129).
Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah saw. pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, karena sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nomor 5544).
Begitulah Rasulullah saw. bersikap kepada anak-anak. Secara halus Beliau mengajarkan kepada kita untuk memperhatikan anak-anaknya. Beliau juga mencontohkan dalam praktik bagaimana bersikap kepada anak dengan penuh cinta, kasih, dan kelemahlembutan.
Karena itu, setiap sikap yang bertolak belakang dengan apa-apa yang dicontohkan oleh Rasulullah saw., adalah bentuk kejahatan kepada anak-anak. Setidak ada ada empat jenis kejahatan yang kerap dilakukan orang tua terhadap anaknya.


Kejahatan pertama: memaki dan menghina anak

    Bagaimana orang tua dikatakan menghina anak-anaknya? Yaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya. Lebih jahat lagi jika itu dilakukan di hadapan teman-teman si anak. Termasuk dalam kategori ini adalah memberi nama kepada si anak dengan nama yang buruk. Seorang lelaki penah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kedurhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil putra orang tua itu dan menghardiknya atas kedurhakaannya. Tidak lama kemudan anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar. “Apakah hak sang anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar. “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu. Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.” Rasulullah saw. sangat menekankan agar kita memberi nama yang baik kepada anak-anak kita. Abu Darda’ meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (HR. Abu Dawud dalam Kitab Adab, hadits nomor 4297). Karena itu Rasulullah saw. kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang baik. Atau, mengganti julukan-julukan yang buruk kepada seseorang dengan julukan yang baik dan bermakna positif. Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk). Rasulullah saw. memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang. Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk lagi dan bermakna menghinakan dirinya.
Kejahatan kedua: melebihkan seorang anak dari yang lain
    Memberi lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain adalah bentuk kejahatan orang tua kepada anaknya. Sikap ini adalah salah satu faktor pemicu putusnya hubungan silaturrahmi anak kepada orang tuanya dan pangkal dari permusuhan antar saudara. Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehinggi menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah saw. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. Rasulullah saw. berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah saw. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nomor 3055). Dan puncak kezaliman kepada anak adalah ketika orang tua tidak bisa memunculkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya. Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemauan si anak. Apalagi tidak pintar pun itu bukanlah dosa dan kejahatan. Justru setiap keterbatasan anak adalah pemacu bagi orang tua untuk lebih mencintainya dan membantunya. Rasulullah saw. bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi, semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)
Kejahatan ketiga: mendoakan keburukan bagi si anak
    Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tsalatsatu da’awaatin mustajaabaatun: da’watu al-muzhluumi, da’watu al-musaafiri, da’watu waalidin ‘ala walidihi; Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nomor 1828) Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Saking bencinya, seorang ibu bisa sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan agar anaknya celaka, melaknat dan memaki anaknya. Sungguh, ibu itu adalah wanita yang paling bodoh. Setiap doanya yang buruk, setiap ucapan laknat yang meluncur dari lidahnya, dan setiap makian yang diucapkannya bisa terkabul lalu menjadi bentuk hukuman bagi dirinya atas semua amal lisannya yang tak terkendali. Coba simak kisah ini. Seseorang pernah mengadukan putranya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.” Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merusaknya.” Na’udzubillah! Semoga kita tidak melakukan kesalahan seperti yang dilakukan orang itu. Bayangkan, doa buruk bagi anak adalah bentuk kejahatan yang akan menambah rusak si anak yang sebelumnya sudah durhaka kepada orang tuanya.
Kejahatan keempat: tidak memberi pendidikan kepada anak
    Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang telah ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina. Sesungguhnya anak yatim itu adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.” Perhatian. Itulah kata kuncinya. Dan bentuk perhatian yang tertinggi orang tua kepada anaknya adalah memberikan pendidikan yang baik. Tidak memberikan pendidikan yang baik dan maksimal adalah bentuk kejahatan orang tua terhadap anak. Dan segala kejahatan pasti berbuah ancaman yang buruk bagi pelakunya. Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman. Perintah ini diberikan secara umum kepada kepala rumah tangga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial. Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk bisa mandiri dalam menjalani hidupnya kelak. Jadi, berilah pendidikan yang bisa mengantarkan si anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Perintah ini diberikan Allah swt. dalam bentuk umum. “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6) Adalah sebuah bentuk kejahatan terhadap anak jika ayah-ibu tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara shalat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk menafkahi anak-anaknya. Jika ayah-ibu berlaku seperti ini, keduanya telah melanggar perintah Allah di surat Thaha ayat 132. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” Rasulullah saw. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu shalat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan shalat) pada usia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadits nomor 372). Ketahuilah, tidak ada pemberian yang baik dari orang tua kepada anaknya, selain memberi pendidikan yang baik. Begitu hadits dari Ayyub bin Musa yang berasal dari ayahnya dan ayahnya mendapat dari kakeknya bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Maa nahala waalidun waladan min nahlin afdhala min adabin hasanin, tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nomor 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadits mursal.”) Semoga kita tidak termasuk orang tua yang melakukan empat kejahatan itu kepada anak-anak kita. Amin. (dkw)

Wednesday, June 1, 2011

Jadual Kuliah Jun / Rejab 1432

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Rabu 28 Maghrib Ust Ishak Din* Permasalahan Aqidah Tauhid
 2 Khamis 29 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust M. Ghoffur Daud
 3 Jumaat 1
Khutubah Ust M. Ghoffur Daud -


Maghrib Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya
 4 Sabtu 2 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 5 Ahad 3 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

8.30pg
Dhuha Ustz Hjh Rosnah Yasis Kuliah Dhuha Muslimat



Maghrib -
 6 Isnin 4 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 7 Selasa 5 Maghrib Ust. Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 8 Rabu 6 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
 9 Khamis 7 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Mohd Ghofur
10 Jumaat 8 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
11 Sabtu 9 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust M. Ghoffur Daud* Hadis 40
12 Ahad 10 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam

10.00
Dhuha Ust Abu Zar Mamat Kuliah bulanan Dhuha umum



Maghrib Ust Nazir Umum
13 Isnin 11 Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
14 Selasa 12
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
15 Rabu 12 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
16 Khamis 13 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Nazeri Mustapha
17 Jumaat 14 Khutubah Ust M Ghoffur Daud



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
18 Sabtu 15 Subuh Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
19 Ahad 16 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
20 Isnin 17 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
21 Selasa 18 Maghrib Ust M Ghoffur Daud Riyadhussalihin
22 Rabu 19 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
23 Khamis 20 Maghrib Ust Ahmad Awang
Umum
24 Jumaat 21 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
25 Sabtu 22 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
26 Ahad 23 Subuh - -



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
27 Isnin 24
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
28 Selasa 25
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
29 Rabu 26
Maghrib Ust Pauzi Abd Kader Tafsir Sya'rawi
30 Khamis 27
Maghrib Bacaan Ya'sin -

Tafsir Sya’rawi

Kuliah Maghrib 31. 5. 2011

Tafsir Al-Fatihah

A.    TEKS AYAT 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)  [الفاتحة : 1 - 7
B.     TERJEMAHAN AYAT

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  4. Yang menguasai Hari Pembalasan (hari akhirat)
  5. Hanya Engkaulah yang Kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Kuliah tafsir ini disampaikan oleh Ust. Pauzi Abdul Kadir.
Ustaz memberi penjelasan tafsiran pada ayat ke 5.
Selepas Azan Isya', ustaz telah mengislamkan seorang lelaki warga Myanmar.