Sunday, June 26, 2011

Sepakraga Bulatan dan T'shirt Kuning


Kejohanan sepakraga bulatan telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta di dalam kawasan masjid.
Program ini bertambah meriah dengan kehadiran  konvoi belia DUN Lembah Jaya.
Walau bagaimanapun kedatangan mereka turut diekori oleh pihak polis.

Berikut petikan dari blog bang-nan.
Pagi tadi, lebih 20 pemuda PAS Ampang yang berkonvoi dalam Program Konvoi Belia DUN Lembah Jaya 2011 telah dikepung di Masjid Taman Kosas. Kesemua mereka memakai baju Bersih 2.0 bertulisan jawi.
Di antara mereka yang ditahan ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Fazrul Rahimi, SU Pemuda Kawasan, Sdra. Shahril dan anak Azam dan 2 orang lagi. Setakat jam 7.00 petang mereka masih lagi belum dibebaskan. Baca seterusnya...

No comments: