Pihak masjid telah mengadakan solat sunat gerhana bulan yang dipimpin oleh Ust. Nazeri (Imam 1) pada pukul 4.00 pagi. Sebelum dari itu taklimat diberi berkaitan kaifiat solat gerhana dilakukan.
Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya Solat Sunat Khusuf. Hukumnya adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang digalakkan.
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Niat solat Sunat Gerhana adalah: "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram.
- Membaca doa iftitah.
- Membaca Ta`awudz.
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah (*surah al-A’laa).
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira sekadar membaca 100 ayat Al-Quran.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah (*surah al-Ghaasyiyah).
- Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat Al-Quran.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah (*surah al-Syams)
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah (surah al-Zalzalah).
- Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Membaca tasyahud akhir.
- Memberi salam.
Selepas daripada itu Imam bangun dan menyampaikan dua khutubah.
No comments:
Post a Comment