Terlebih dahulu ustaz memohon maaf di atas kelewatan sampai ke masjid. Ustaz memberitahu dimana-mana masjid atau surau yang beliau memberi ceramah inilah tajuk yang akan beliau sampaikan. Tajuk itu ialah berkaitan dengan satu lapuran yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 23 Mei lalu yang bertajuk "Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol". Lapuran itu menyiarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Jika di ambil statistik mengikut bilangan kaum walaupun peratus kaum Indai dan Cina lebih tinggi tetapi majoriti bangsa Melayu yang paling ramai terlibat dengan arak.
Pada tahun 70an mana-mana pelajar yang mengambil peperiksaan SPM akan berjumpan dengan Surah Al Maidah ayat 90-91: "“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).”
No comments:
Post a Comment