Friday, August 26, 2011
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26 Ogos (malam ke 27 Ramadan). Terdapat 3 kategori iaitu lelaki dewasa, remaja dan muslimat. Pada malam tersebut pihak masjid menyampaikan bantuan kepada fakir miskin.
Thursday, August 25, 2011
Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran
Tip ini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik yang ringkas, kita dapat mengetahui muka surat bagi setiap juzuk Al-Quran.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 14 di halaman ke berapa:
14-1 = 13, 13 perlu didarab dengan 2 jadi 13 x 2 = 26. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 14 adalah pada halaman 262 (lihat gambar di atas) iaitu surah yang ke 15 - Surah Al-Hijr
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.
Sumber dari: blog anakmuaallaf
List of Juz in the Holy Qur'an

So you ask... what are the Juz (or Goz2) in the Holy Qur'an, where can I get a list of them? Here is a comprehensive list of the Juz (plural ajiza) in the Qur'an -
Juz’ 1 – Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141
Juz’ 2 – Al Baqarah 142 - Al Baqarah 252
Juz’ 3 – Al Baqarah 253 - Al Imran 92
Juz’ 4 – Al Imran 93 - An Nisaa 23
Juz’ 5 – An Nisaa 24 - An Nisaa 147
Juz’ 6 – An Nisaa 148 - Al Ma’idah 81
Juz’ 7 – Al Ma’idah 82 - Al An’am 110
Juz’ 8 – Al An’am 111 - Al A’raf 87
Juz’ 9 – Al A’raf 88 - Al Anfal 40
Juz’ 10 – Al Anfal 41 - At Tauba 92
Juz’ 11 – At Tauba 93 - Hud 5
Juz’ 12 – Hud 6 - Yusuf 52
Juz’ 13 – Yusuf 53 – Ibrahim 52
Juz’ 14 – Al Hijr 1 – An Nahl 128
Juz’ 15 – Bani Isra’il 1 - Al Kahf 74
Juz’ 16 – Al Kahf 75 – Ta Ha 135
Juz’ 17 – Al Anbiyaa 1 - Al Hajj 78
Juz’ 18 – Al Muminun 1 - Al Furqan 20
Juz’ 19 – Al Furqan 21 - An Naml 55
Juz’ 20 – An Naml 56 - Al Ankabut 45
Juz’ 21 – Al Ankabut 46 - Al Ahzab 30
Juz’ 22 – Al Ahzab 31 - Ya Sin 27
Juz’ 23 – Ya Sin 28 - Az Zumar 31
Juz’ 24 – Az Zumar 32 - Fussilat 46
Juz’ 25 – Fussilat 47 - Al Jathiya 37
Juz’ 26 – Al Ahqaf 1 - Az Zariyat 30
Juz’ 27 – Az Zariyat 31 - Al Hadid 29
Juz’ 28 – Al Mujadila 1 – At Tahrim 12
Juz’ 29 – Al Mulk 1 - Al Mursalat 50
Juz’ 30 – An Nabaa 1 - An Nas 6

Friday, August 19, 2011
Tazkirah Ramadan malam ke20
Jumaat 19 Ramadan 1432 (19 Ogos 2011)
Ustaz Shukri Harun
Topik • Lailatul Qadr
Pengertian tentang maksud lailatul qadr iaitu bila mana kita berada pada fasa terakhir dalam bulan Ramadan iaitu pembebasan dari api neraka, bermakna kita juga sedang berada 10 malam yang terakhir. Malam kemuliaan atau Lailatul Qadar terdapat di dalam 10 malam terakhir iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr: 97 Ayat 3: لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ Maksudnya: " Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan".
Ustaz juga membincangkan tentang tanda-tanda lailatul qadr sebagaimana sabda Rasulullah SAW., "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil."
Seterusnya ustaz menerangkan tentang amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan dengan kita menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api neraka.
Dalam bab permohonan dan doa, ustaz menegaskan semuanya akan Allah makbulkan terkecuali terhadap empat golongan manusia:
Ustaz juga menyelitkan satu kisah di zaman Khalifah Harun Al Rasyid dengan seorang alim berkenaan dengan nilai kekayaan hanyalah segelas air kencing.

- Anak yang derhaka kepada ibu bapa
- Orang yang meminum arak
- Orang yang kekal dengan kemaksiatan
- Mereka yang memutuskan silaturahim
Ustaz juga menyelitkan satu kisah di zaman Khalifah Harun Al Rasyid dengan seorang alim berkenaan dengan nilai kekayaan hanyalah segelas air kencing.
Monday, August 15, 2011
Tazkirah malam ke-15
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rifqi Myiddin mengantikan Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz.
Ustaz membawa topik doa-doa yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW diantaranya Anas bin Malik r.a. Kisah Anas berjumpa dengan gabenor di zaman Khilafah Umawiyyah iaitu al-Hajjaj. Tujuan al-Hajjaj memanggil Anas berjumpanya adalah untuk membunuh beliau kerana Anas merupakan penentang kuat pemerintahannya. Dari keberkatan amalan Anas, al-Hajjaj tidak mampu melakukan apa-apa terhadap Anas dan telah membebaskannya. Doa Anas ini terdapat dalam buku Wirid Ulama Muktabar yang disusun oleh Ustaz sendiri bersama dengan Ustaz Subki Abdul Rahman.
Ustaz juga mewar-warkan beberapa buah buku yang dibawa untuk dijual bagi tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Quraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Ust Muhammad Rifqi Myiddin bertugas sebagai guru di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor.

Tuesday, August 9, 2011
Fadilat doa serta selawat ke atas Nabi S.A.W.
- ANTARA adab berdoa; hendaklah menghadap kiblat, kerana doa adalah satu antara ibadah kepada Allah SWT.
- Berdoa pula dikehendaki angkat kedua-dua belah tapak tangan. Cara angkat tangan semasa berdoa ada pelbagai kaifiyat yang dibahaskan oleh para ulama.
- Mengikut Imam Ghazali r.a. ialah dengan mengangkat agak tinggi hingga kelihatan putih celah pangkal lengan.
- Selesai berdoa sayogia raup kedua tapak tangan ke muka, kerana menumt atsar Saiyidina Umar r.a. katanya: "Nabi s.a.w. apabila hulur tangan ke arah langit kerana berdoa, tidak diturunkan tangannya kecuali setelah diraupkan ke mukanya."
- Abdullah ibnu Abbas r. anhuma pula berkata: "Nabi s.a.w. apabila berdoa beliau temukan kedua-dua tangannya, dan baginda jadikan kedua perut tangannya menghadap ke mukanya."
- Demikianlah kedudukan tangan ketika berdoa; ketika angkat kedua tapak tangan jangan memandang ke langit. Jika berbuat demikian seolah-olah Tuhan berada dilangit, sedangkan Allah SWT tidak bertempat.
- Adab berdoa yang seterusnya; ialah dengan suara yang sederhana di antara jahar (nyaring) dan sir (perlahan).
- Yang mustahak hendaklah kedengaran butir huruf, kerana segala perkataan itu hasil daripada gerakan bibir mulut dan lidah serta suara.
- Siti Aisyah ketika mentafsirkn ayat yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menyaringkan suara dalam solatmu dan janganlah merendahkannya, dan carilah jalan tengah di antara kedua-duanya." (Surah Al-Israa ayat 110)
- Yang dimaksudkan dengan solatmu ialah doa, kerana jika dimaksudkan itu solat, maka ia bercanggah dengan kedudukan solat malam Nabi s.a.w. yang dibaca'jahar' (nyaring), dan solat siang dengan'sir' (suara perlahan).
- Satu hujah lagi ialah dengan pujian Allah SWT terhadap Nabi Zakariya a.s. dalam al-Quran yang bermaksud: "(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba= Nya Zakariya, iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut." (Surah Maryam ayat 2 dan 3)
- Perkara yang dipuji Allah SWT ialah cara Nabi Zakariya berdoa dengan suara lembut, dia tidak menyaringkan suara ketika berdoa kerana yakin bahawa Allah SWT Yang Maha Mendengar terlalu dekat dengannya.
- Adab seterusnya janganlah berdoa dengan kalimah yang bersajak, sebaiknya berdoa yang berpunca daripada Nabi s.a.w. yang ma'tsurah.
- Tidak perlu bersusah payah mencipta doa sendiri, kerana yang hendak dipinta semuanya telah dipohonkan oleh Nabi s.a.w. Doa yang disusun oleh Nabi s.a.w. lebih teratur indah dan lebih sempurna.
- Kadangkala manusia meminta sesuatu lebih daripada kadar yang sepatutnya, kerana tidak semua orang pandai meminta.
- Oleh itu lebih afdal jika mengambil doa dari Rasulullah s.a.w., lebih selamat dan terjamin kesesuaiannya. Demikianlah perbincangan mengenai zikir dan doa.
- Kini masuk pula mengenai fadilat selawat ke atas Nabi s.a.w. Sebagaimana yang semua ketahui bahawa agama itu bergantung atas kayakinan seseorang kepada akhirat yang bemama syurga dan neraka.
- Adapun kaya dan miskin, senang dan derita kehidupan, tidak boleh jadi tanda ukur bahawa Allah SWT setuju atau sebaliknya.
- Kadangkala orang yang dikutuk Allah SWT, kehidupannya tetap senang clan mewah. Sebaliknya orang yang Allah SWT sayangi pula kehidupannya menderita.
- Selawat ke atas Nabi s.a.w. sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya." (Surah al-Ahzab ayat 56) - Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) ke atas Nabi s.a.w. Justeru orang-orang beriman diseru supaya berbuat demikian juga.
- Menunjukkan berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu suatu dari ibadat yang sangat mulia, bukan saja dianjurkan oleh Allah SWT supaya manusia beriman melakukannya.
- Berselawat bukan saja dalam solat bahkan di luarnya, kerana Allah SWT dan malaikat-Nya juga telah berbuat demikian.
- Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan umatku yang berselawat sekali ke atasku, Allah SWT akan tulis kepada orang itu sepuluh kebajikan."
- Sepuluh kebajikan bererti 10 pahala ganjaran, meskipun pahala itu tidak kelihatan bentuk dan sifatnya, tetapi pahala amat diperlukan oleh orang yang beriman di akhirat kelak.
- Sesiapa menghendaki pahala yang banyak, satu di antara caranya ialah beramal tanpa modal iaitu berselawat ke atas Nabi s.a.w.
- Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang bagaimana bentuk cara berselawat ke atasmu?
- Sabda Nabi s.a.w, berkatalah dengan: "Allahumma solli 'ala muhammad 'abdika wa 'ala a-lihi wa azwajihi wa zurriyatihi kama sollita'ala Ibrahim wa a-li Ibrahim, wabarik'ala Muhammadin wa'ala a-lihi wa azwjihi wa zurriyatihi, kama barakta 'ala Ibrahim wa a-li Ibrahim innaka hamidun majid."
- Yang bermaksud: Ya Allah Tuhanku, sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan kaum keluarganya dan para isterinya dan keturunannya, sebagaimana kesejahtraan ke atas Nabi Ibrahim clan keluarganya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi diMuliai."
Mauidzah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
FIKRAH • 5 - 7 RAMADAN 1432 / 5 - 7 OGOS 2011
Friday, August 5, 2011
Solat Sunat Tarawih
1. At-Takaathur 2. Al-'Asr 3. Al-Humazah 4. Al-Fiil 5. Al-Quraisy 6. Al-Maa'uun 7. Al-Kautsar 8. Al-Kafirun 9. Al-Nasr 10. Al-Lahab |
Nota:
“sallallahu wa sallama alaih" = Allah mengucapkan selawat dan salam ke atasnya (Muhammad) dan bukan “sallu alaih" = berselawatlah kamu semua ke atasnya (Muhammad).
Tarawih.pdf
Tuesday, August 2, 2011
Jadual Tazkirah Ramadhan 1432H
Ogos | HARI | Ramadan | KULIAH | PENCERAMAH | QIAMMULLAIL |
31 | Ahad | 29 | Tazkirah | Ust Rasdan Yunus | |
1 | Isnin | 1 | Ust Ziaul Haq | ||
2 | Selasa | 2 | Ust Musa Baharuddin | ||
3 | Rabu | 3 | Ust Ishak Din | Ust Ghofur Daud* | |
4 | Khamis | 4 | Ust Fauzi Abd Kadir | ||
5 | Jumaat | 5 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | Ust Wan Azhar Wan Ahmad** |
Tazkirah | Ust Shahril Azman | ||||
6 | Sabtu | 6 | Subuh | Ust Hadi Talha | |
Tazkirah | Ust Nazeri Mustapha | ||||
7 | Ahad | 7 | Subuh | Ust Surizal A Rahim | |
Tazkirah | Ust Ahmad Falahuddin | ||||
8 | Isnin | 8 | Ust Ahmad Subki | ||
9 | Selasa | 9 | Ust Zulkifli M Suhaimi | ||
10 | Rabu | 10 | Ust Nazeri Mustapha | ||
11 | Khamis | 11 | Ust Wan Mohd Mizan | Ust Mohd Ibrahim* | |
12 | Jumaat | 12 | Khutbah | Ust Ghofur Daud | Wakil Zakat Selangor** |
Tazkirah | Ust Razi Asror | ||||
13 | Sabtu | 13 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | |
Tazkirah | Ust Ghofur Daud | ||||
14 | Ahad | 14 | Subuh | Ust Musa Baharuddin | |
9.00 | Dhuha | Ust Yusof Embong | |||
Tazkirah | Ust M Subki A Rahman | Ust Mohd Rifqi Myiddin | |||
15 | Isnin | 15 | Tazkirah | Ust Rashdan Yunus | |
16 | Selasa | 16 | Tazkirah | Ust Ghofur Daud | |
17 | Rabu | 17 | Tazkirah | Ust Ishak Din | Nuzul Al-Quran |
18 | Khamis | 18 | Tazkirah | Ust Md Lofti Ariffin | |
19 | Jumaat | 19 | Khutbah | Ust Ghofur Daud | |
Tazkirah | Ust Shukri Harun | ||||
20 | Sabtu | 20 | Subuh | Ust Imran Al Malizi | Qiamullail - 1 Ust Ghofur Daud |
Tazkirah | Ust Mohd Fadli Ismail | ||||
21 | Ahad | 21 | Subuh | Ust Ibrahim Zakaria | Qiamullail - 2 Ust Abu Zar Mamat |
Tazkirah | Ust Farhan Suhut | ||||
22 | Isnin | 22 | Tazkirah | Ust Ahmad Subki | Qiamullail - 3 Ust Yusof Embong |
23 | Selasa | 23 | Tazkirah | Ust Shaari Che In | Qiamullail - 4 Ust Nazeri |
24 | Rabu | 24 | Tazkirah | Ust Nazeri Mustapha | Qiamullail - 5 Ust Ziaul Haq |
25 | Khamis | 25 | Tazkirah | Ust Imran Malizi |
Qiamullail - 6 Ust Rashdan Yunus |
26 | Jumaat | 26 | Khutbah | Ust Ghofur Daud | Qiamullail - 7 |
Tazkirah | Ust M. Razi Asror | ||||
27 | Sabtu | 27 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Qiamullail - 8 Ust Ghofur |
Tazkirah | Ust Nazeri Mustapha | Majlis Khatam Tadarus Al-Quran | |||
28 | Ahad | 28 | Subuh | Ust Imran Al Malizi | Qiamullail - 9 Ust Abu Zar Mamat |
Tazkirah | Ust Shamsul Hakim | ||||
29 | Isnin | 29 | Maghrib | Takbir Malam Raya | Mulai 9.30 malam |
Subscribe to:
Posts (Atom)