Ustaz Shukri Harun
Topik • Lailatul Qadr
Pengertian tentang maksud lailatul qadr iaitu bila mana kita berada pada fasa terakhir dalam bulan Ramadan iaitu pembebasan dari api neraka, bermakna kita juga sedang berada 10 malam yang terakhir. Malam kemuliaan atau Lailatul Qadar terdapat di dalam 10 malam terakhir iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr: 97 Ayat 3: لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ Maksudnya: " Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan".
Ustaz juga membincangkan tentang tanda-tanda lailatul qadr sebagaimana sabda Rasulullah SAW., "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil."
Seterusnya ustaz menerangkan tentang amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan dengan kita menggandakan amal ibadah, bertahajjud, berikhtikaf di masjid, membaca al-Quran, zikrullah, berdoa, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah SWT dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api neraka.
Dalam bab permohonan dan doa, ustaz menegaskan semuanya akan Allah makbulkan terkecuali terhadap empat golongan manusia:
- Anak yang derhaka kepada ibu bapa
- Orang yang meminum arak
- Orang yang kekal dengan kemaksiatan
- Mereka yang memutuskan silaturahim
Ustaz juga menyelitkan satu kisah di zaman Khalifah Harun Al Rasyid dengan seorang alim berkenaan dengan nilai kekayaan hanyalah segelas air kencing.
No comments:
Post a Comment