Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rifqi Myiddin mengantikan Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz.
Ustaz membawa topik doa-doa yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW diantaranya Anas bin Malik r.a. Kisah Anas berjumpa dengan gabenor di zaman Khilafah Umawiyyah iaitu al-Hajjaj. Tujuan al-Hajjaj memanggil Anas berjumpanya adalah untuk membunuh beliau kerana Anas merupakan penentang kuat pemerintahannya. Dari keberkatan amalan Anas, al-Hajjaj tidak mampu melakukan apa-apa terhadap Anas dan telah membebaskannya. Doa Anas ini terdapat dalam buku Wirid Ulama Muktabar yang disusun oleh Ustaz sendiri bersama dengan Ustaz Subki Abdul Rahman.
Ustaz juga mewar-warkan beberapa buah buku yang dibawa untuk dijual bagi tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Quraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Ust Muhammad Rifqi Myiddin bertugas sebagai guru di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor.
No comments:
Post a Comment