Saturday, December 22, 2012

50 Tanda-Tanda Orang Munafik

Kuliah Maghrib 21.12.2012 / 7 Safar 1434 (Jumaat)
Ustaz Shukri Harun

Ustaz memperkenal kitab yang baru iaitu 50 Tanda-Tanda Orang Munafik. Alhamdullilah Tafsir surah Al-Insan sudah selesai ditelaah.

Dimulai dengan pengenalan buku dan diikuti dengan 3 sifat-sifat orang munafik. 

Thursday, December 13, 2012

Fiqh manhaji

Kuliah Maghrib 12.12.12 / 28 Muharram 1434 (Rabu) 
Ustaz Nazeri Mustapha 
Fiqh manhaji kitab fiqh mazhab Syafie
Syarat-syarat solat Qasar
  1. Hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
  2. Jauh perjalanan itu melebihi daripada dua marhalah (89 KM). 
  3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). 

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ASAR

  • Orang yang bermusafir tidak wajib solat Jumaat dan jika dia solat Jumaat, sah Jumaatnya dan tidak perlu solat Zuhur. Ini adalah ijmak ulama. 
  • Pada hari Jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim atau takhir untuk solat Zuhur dan Asar. 
ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:- 
PENDAPAT PERTAMA:
Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat Jumaat dengan Asar. 
 

DALIL MEREKA: 
  1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hukum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil.  
  2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan Zuhur.  
  3. Solat Jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dari segi hukum hakamnya. Ini disebut dalam kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.
PENDAPAT KEDUA: 
Jumhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat Jumaat dengan solat Asar. Cuma bagi mazhab Syafie hanya boleh jamak takdim diantara solat Jumaat dan solat Asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat Jumaat diwaktu Asar. (Majmuk Syarhul muhazzab) Adapun mazhab Maliki memboleh jamak takdim atau jamak takhir bagi solat Jumaat dan Asar. Harus jamak takhir dgn membuat solat Jumaat diwaktu Asar . (Manhul Jalil) 
DALIL PENDAPAT JUMHUR
  1. Solat Jumaat adalah ganti kepada solat Zuhur. 
  2. Tidak ada tegahan dari Nabi saw untuk melakukan jamak dengan Jumaat walaupun terdapat banyak safar pada hari Jumaat pd zaman Nabi saw. 
  3. Qias Jumaat dgn Zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah. 
KESIMPULAN: 
Pendapat yang kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara Jumaat dan Asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat Asar dan Zuhur sahaja. 
Panduan Solat Jemaah & Solat Musafir (Jamak & Qasar) Versi Jawi - Prof. Madya Salleh Haji Ahmad
Jarak yang diterima pakai oleh Jakim ialah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Solat Musafir/Mohd Saleh Haji Ahmad/Pustaka Haji Abdul Majidi aitu jarak dua marhalah ialah 89km. Untuk makluman saudara, penentuan jarak ini adalah berdasarkan kepada ijtihad taqribi para ulamak iaitu mengambil pendekatan jarak yang paling hampir kerana pada zaman Rasulullah SAW

    Pendapat daripada Mazhab Syafi'i. Menurut pendapat tersebut, seseorang yang ingin keluar bermusafir mestilah memulakan perjalanannya sebelum terbit fajar As-saddiq lagi. Jika perjalanan tersebut dimulakan setelah terbitnya fajar, maka tiada rukhsah bagi dirinya untuk meninggalkan solat tersebut. Ringkasnya, perjalanan yang dimulakan setelah terbit fajar wajib mengerjakan solat Jumaat. (Fiqhul Manhaji As-Syafi'i (2004),Drs. Mustapha Al-Bugha, Drs. Mustapha Al-Khen Dan Sheikh Ali Asy-Syarbaji, Darul Fajr, Kuala Lumpur. h. 299)

Sunday, December 9, 2012

Adab-adab Berdoa

Kuliah Maghrib 
8 - 12 - 2012 / 24 Muharram 1434 (Sabtu)
Ustaz Mohd Ghhoffur Daud
Hadis 40 Imam Nawawi


Hadis 10 - Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima 

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ نْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.
یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
 یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ ( Surah al-Baqarah: 172)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). (Surah al-Mukminun 23:51)
Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).(Surah al-Baqarah 2:172)
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)


Sambungan kuliah pada 17.11.2012
Adab-Adab Berdoa
  1. Ikhlas
  2. Mengangkat kedua tangan pada tempat yang sepatutnya
  3. Berdoa dengan ayat daripada Al-Quran dan hadis nabi s.a.w.
  4. Memulakan doa dengan pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta berselawat ke atas Nabi s.a.w.
  5. Memilih masa yang terbaik
  6. Bersungguh-sungguh ketika berdoa
  7. Mengaminkan doa beramai-ramai (berjamaah), amin bermaksud mustajabkan atau perkenankanlah
  8. Menjauhi sifat berputus asa
. Tidak mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja malah hendaklah berdoa untuk orang ramai, mempunyai sangkaan yang baik terhadap Allah dan mengharapkan doanya dimakbulkan, mengaku atas dosa-dosa yang dilakukan dan berdoa dengan suara yang rendah.

Saturday, December 1, 2012

Jadual December / Safar 1434

HARI Muharam KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Sabtu  17 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya

Zohor Ust Zakaria Ahmad Solat Jamaah

Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 2 Ahad  18 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

Maghrib Ust Drs Wahidin Soekarno Umum
 3 Isnin  19 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 4 Selasa  20 Maghrib Ust Usamah M Radzi Umum
 5 Rabu  21 Maghrib Ust dpd Wakaf Selangor* Perbadanan Wakaf Selangor
 6 Khamis  22 Maghrib Ust Nazeri Mustafa Bacaan Yasin
 7 Jumaat  23 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust Umar Bangsawan Uswatun Hassanah
 8 Sabtu  24 Subuh Ust Dr Shafawi Che Mat Adab Sopan Dalam Islam


Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Daud Hadis 40
9 Ahad  25 Subuh Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin


Zohor Ust Yusof Embong Isu Semasa



Maghrib Ust Yusof Johan** - Umum
10 Isnin  26 Maghrib Ust Zulkifli Mutalib - Jemputan
11 Selasa  27 Maghrib Ust Fazlul Rahimi Maarop Bidayatul Hidayah
12 Rabu  28 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
13 Khamis  29 Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'arawi
14 Jumaat  30 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur Daud



Maghrib Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin
15 Sabtu  1 Subuh Ust Shaari Che In Munyatul Musolli



Maghrib Ust Mohd Fadzli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
16 Ahad  2 Subuh Ust Ibrahim Zakaria


Maghrib Ust Azmi Ishak Umum
17 Isnin  3 Maghrib Ust Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
18 Selasa  4 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Riyadhussalihin
19 Rabu  5 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
20 Khamis  6 Maghrib Ust Faisal Hakim Imam Sheikh Abd Majid al-Zindani
21 Jumaat  7 Khutbah Ust Muhamad Asri


Maghrib Ust Shukri Harun 50 Tanda Orang Munafik
22 Sabtu  8 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan Dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
23 Ahad  9 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
24 Isnin  10 Maghrib Ust Salman Maskuri Halal Haram Dalam Islam
25 Selasa  11 Subuh Ust Salman Maskuri (Cuti Krismas)



Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
26 Rabu  12 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
27 Khamis  13 Maghrib -Bacaan Yasin 
28 Jumaat  14 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
29 Sabtu  15 Subuh Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Syaarawi



Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Penyakit Hati
30 Ahad  16 Subuh Ust Yusof JohanHadis



Maghrib Ust Zulkifli Shaari Umum
31 Isnin  10 Maghrib Ust -
Catitan:
-------------------------------------------
*   Ganti kuliah Ustaz ishak Din
** Ganti kuliah Ustaz Abu Zar Mamat

Wednesday, November 28, 2012

Takwa yang benar

Ustaz Salman Maskuri
Kuliah Maghrib 26.11.2012 / 12 Muharram 1434 (Isnin)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." Ali-Imran Ayat 102.
Untuk maklumat kelas pengajian yang dikendalikan oleh ustaz, sila klik: http://darulilmi.org/

Sunday, November 25, 2012

Maksiat Lidah

23.11.2012 / 9 Muharram 1434 (Jumaat)
Kitab Hidayatul Salikin (Bab 7)
Ustaz M Razi Asror

Menjauhi maksiat-maksiat yang zahir iaitu maksiat yang dilakukan oleh pancaindera. Maksiat terbagi kepada 2 bahagian iaitu maksiat zahir dan maksiat bathil. Tujuh anggota ialah Mata, Telinga, Lidah, Perut, Kaki, Tangan dan Kemaluan. Daripada 7 anggota ini yang paling banyak manusia tidak boleh menjaganya dan yang menjerumus manusia ke neraka Allah SWT adalah lidah.
Ada pun pada maksiat lidah itu terdapat 8 perkara yang diharamkan kita dari melakukannya.
  1. berdusta 
  2. menyalahi janji 
  3. mengumpat 
  4. berbantah-bantah 
  5. menyuci diri 
  6. mendoakan dengan kejahatan 
  7. melaknat / memaki 
  8. bergurau dengan mengejek
    Ada jua keadaan yang dibenarkan berdusta. Pertama hukum yang wajib kita berdusta dan yang kedua tipu yang harus. Inilah dua sahaja iaitu tipu yang wajib dan tipu yang diharuskan manakala yang dikatakan tipu sunat itu tidak ada. Adapun tipu yang wajib (tipu yang dibenarkan) bila melibatkan 3 perkara;
  • Pertama, terancamnya maruah, yang tidak boleh diselamatkan lagi dan boleh mendatangkan fitnah
  • Kedua, terancam nyawa
  • Ketiga, terancam harta benda

Monday, November 19, 2012

Mengubati hati yang keras

18.11.2012 / 4 Muharram 1434

Kuliah Subuh (Ahad)
Ustaz Ibrahim Zakaria

Berkata Ulama; untuk mengubati hati yang keras ada beberapa cara antaranya:
  1. Membaca al-Quran dan berzikrullah. 
  2. Allah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.". Al-Anfal ayat 2. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
  3. Sentiasa merendah diri kepada Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
  4. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
  5. Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
  6. Melihat orang yang sedang nazak. Anas bin Malik ra berkata; nabi saw menziarahi seprang pemuda yang sedang nazak dan bertanyakan keadaannya, pemuda itu menjawab; aku mengharapkan Allah namun aku juga bimbang terhadap dosa-dosaku,
  7. Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”.  (Riwayat Muslim)
     

Wednesday, November 14, 2012

Antara 2 Perintah Allah

Kuliah Zohor Bulanan  (Ahad : Minggu Kedua)
11.11.2012 / 26 ZulHijjah 1433
Ustaz Yusof Embong

 

Kisah daripada ibu nabi Musa Surah Al-Qasas, Ayat 7.
    Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.



Penghargaan:
Audio ini telah dimuat turun dari blog Surau Menara 2 Faber Towers. Tajuk kuliah ustaz adalah sama dengan apa yang disampaikanya di Masjid Kosas. Untuk mendapatkan audio penuh sila klik: USTAZ YUSOF EMBONG_Antara 2 Perintah Allah - Qurban dan Hudud

Wednesday, November 7, 2012

Kuliah Ustaz Mustafa Md Desa

Kuliah Maghrib (Selasa Minggu Pertama)
6-11-2012 /22 Dzulhijjah 1433
Ustaz Mustafa Md Desa

Topik perbincangan berkaitan hadis-hadis nabi diantaranya berkaitan adab-adab tidur. 

Bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda,“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka berwudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain dijelaskan bahwa Rasulullah s.a.w. apabila tidur beliau meletakkan tangan (tapak) kanannya di bawah pipi kanannya (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban).

Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322).

Thursday, November 1, 2012

4 Golongan Manusia

Ustaz Haryanto Rizal Ruqman dalam slot Motivasi Pagi radio IKIM pada 1 November 2012 (Khamis 7.30 pagi dan ulangan selepas Maghrib).



Bantah kondominium dekat kubur

Jadual Kuliah November/Muharram 1434

HARI Hjr KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Khamis 16 Maghrib Ust Nazeri Mustapha yasin recitation
 2 Jumaat 17 Khutbah Ust Nazeri Mustapha -


Maghrib Ust Umar Bangsawan Uswatun Hasanah
 3 Sabtu 18 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukthasar Ibni Abi Jamrah
 4 Ahad 19 Subuh Ust Surizal Abd Rahim Penawar bagi Hati



Maghrib - -
 5 Isnin 20 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 6 Selasa 21 Maghrib Ust Mustafa Md Desa Umum
 7 Rabu 22 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 8 Khamis 23 Maghrib Ust Fauzi Abd kadir Tafsir Sya'arawi
 9 Jumaat 24 Khutbah Ust Nazeri Mustapha Kepentingan Zikir



Maghrib Ust Imran Selamat Minhajul Abidin
10 Sabtu 25 Subuh *Ust Yusof Johan Umum



Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Hadis 40
11 Ahad 26 Subuh Ust Imran Selamat Minhajul Abidin



Zohor Ust Yusof Embung Isu Semasa



Maghrib Ust Abu Zar mamat Tafsir Al Munir
12 Isnin 27 Maghrib Ust Abd Fatah Yusof Jemputan
13 Selasa 28
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
14 Rabu 29 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie
15 Khamis  1 Maghrib Ust Wan Sohor Bani Leman Hijrah
16 Jumaat  2 Khutbah Ust M Ghhoffur Daud



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
17 Sabtu  3 Subuh Ust Shaari Che In Munyatul Musoli



Maghrib Ust M Ghhoffur Daud* Hadis 40
18 Ahad  4 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Mengubati hati yang keras



Dhuha Ustzah Rosnah Kuliah Muslimat, 8:45pg.



Maghrib Ust - -
19 Isnin  5 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
20 Selasa  6 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Riyadhus-Salihin
21 Rabu  7 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
22 Khamis  8 Maghrib Ust Musa Baharuddin Umum
23 Jumaat  9 Khutbah Ust M Ghhoffur Daud Menjana Keinsafan



Maghrib Ust M Razi Asror Hidayatul Salikin
24 Sabtu  10 Subuh Ust Yusof Johan* Umum



Maghrib Ust M Ghhoffur Daud* Hadis 40
25 Ahad  11 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al-Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
26 Isnin  12
Maghrib Ust Salman Maskuri  Umum
27 Selasa  13
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musoli
28 Rabu  14
Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
29 Khamis  15
Maghrib Ust - Bacaan Yasin
30 Jumaat  16
Khutbah Ust Nazeri Mustapha  



Maghrib Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin
_________________________________
Nota:
Jadual ini akan dikemaskinikan sekiranya terdapat
sebarang perubahan penceramah atau masa.

Ust Abcde - Kuliah dibatalkan
*Ust Abcde - 10hb. Kuliah Subuh, mengantikan Ust. Drs Sapawi
Abcde* - Ganti Ustaz Mohd Fadli Ismail

Tuesday, October 30, 2012

Keburukan Kenyang

Isnin, 29. 10. 2012 / 13 Dzulhijjah 1433
Kuliah Maghrib : Ustaz Surizal A. Rahim  
Kitab : Penawar bagi Hati 
Sambungan pada muka surat 24.

Saturday, October 27, 2012

Takbir Hari Raya Idul Adha

Hari raya korban (يومَ الأضحْى) atau Takbir Idul Adha terbahagi kepada dua, iaitu :
  1. Takbir mursal - Takbir yang tidak mengiringi sembahyang fardu Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal baginya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya. Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram, setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.
  2. Takbir muqayad - Takbir yang mengiringi (selepas) sembahyang Waktu Takbir muqayad bermula dari terbit fajar (subuh) 9 zulhijjah sehinga terbenam matahari pada hari yang ke 13 zulhijjah. Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulan takbir muqayad yang kita pangil takbir hari raya adha, mereka menyangka takbir ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah. Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib membaca khutbah. 
Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad. Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal. Di bawah ini adalah lafaz takbir hari raya (Idul Adha/Fitri) yang lazim dibaca di Malaysia.

Terjemahan :

    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar 
    Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, Allah Maha Besar 
    Allah Maha Besar, dan milikNya segala pujian

      Allah Maha Besar kebesaranNya. 
    Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. 
    Dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
    Tiada Tuhan selain Allah 
    dan tiada yang kami sembah selain Allah, 
    dengan ikhlas kami beragama kepadanya, 
    walaupun dibenci orang-orang kafir. 
    Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya (Tuhan), 
    Dia memenuhi janjiNya, Dia menolong hambaNya, 
    Dia mengukuhkan tenteraNya dan 
    menghancurkan pasukan sekutu sendirian. 
     Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar 
    Allah Maha Besar dan milikNyalah segala pujiian 


Rujukan: 
  1. http://muamalatmurni.blogspot.com/2012/10/ 
  2. http://mytajididyouth.wordpress.com/takbir-sempena-aidiladha/

Monday, October 22, 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah

    Anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
    dengan kerjasama PERKIM Negeri Selangor dan Masjid Taman Kosas, Ampang  
    Perasmian oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim (PEMANGKU SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT)

Tuesday, October 16, 2012

Kuliah Zohor

Ustaz Yusof Embong
Ahad 28 Dzulka'edah 1433 ( 14 Oktober 2012 )
Topik berkaitan Qurban dan Harta ku Anak ku.

    Kita bukan sahaja dituntut menyembelih korban (udhiyyah) bahkan hendaklah sanggup berkorban (tadhiyyah).


Wednesday, October 10, 2012

Berlaku adillah, jangan berbuat zalim

Kuliah Maghrib 9.10.2012 / 23 Zulkaedah 1433
Kitab Bidayatul Hidayah. 

Sambungan dari bulan lepas berkaitan doa yang dibaca oleh Rasullullah saw selepas solat sunat Subuh (dalam Bab 7 - dari m.s. 49 ke m.s. 56). 
Ini adalah bahagian permulaan dari maksud doa Rasullullah s.a.w. :
"Ya Allah!, sesungguhnya aku memohon akan Dikau akan rahmat yang turun dari sisi Mu, yang dengannya Engkau memberi hidayah di dalam hatiku, dan dengannya Engkau himpunkan yang bercerai-cerai daripada segala urusan ku, dan dengannya Engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada segala pemikiran ku dan dengannya Engkau pulangkan segala yang menjinakkan hati ku, dan dengannya Engkau perbaikan akan agama ku."
"dan dengannya kau peliharakan sesuatu yang aib daripada padangan ku, dan dengannya kau terima syahadaku (penyaksian ku) dan dengannya Engkau bersihkan segala amalan ku dan dengannya Engkau putihkan akan muka ku dan dengannya Engkau  ilhamkan kepada ku akan pertunjuk ku dan dengannya Engkau tunaikan segala hajat ku dan dengannya pula Engkau peliharakan akan aku daripada segala  kejahatan."
Di akhir kuliah ustaz memperkenalkan sebuah buku baru yang diterbit oleh U Wise Enterprise dengan harga RM10.
Untuk mendapatkan buku ini sila klik blog U Wise Enterprise

Sunday, October 7, 2012

Ibadah haji suatu institusi tarbiyah

  1. FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafas (berkata mencetus syahwat), berbuat fasik dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji.” (Surah Al-Baqarah ayat 197).
  2. Semasa mengerjakan haji beberapa hari di Makkah, hendaklah kekang din daripada berbuat tidak baik dan berusaha berakhlak mulia. Semoga di bumi Makkah dapat melatih diri jadi orang setia kepada Allah SWT. 
  3. Ibadah haji sebagal institusi asuhan supaya tidak berkatakata yang menintun syahwat, tidak berbuat fasik serta sifar daripada perbalahan antara para hujjaj. 
  4. Rafas itu sebarang perkataan yang lagho iaitu percakapan yang tiada tujuan dan keji, termasuk juga percakapan menganit hubungan suami isteri. 
  5. Sebaliknya fikir dan ingat kepada Allah SWT, adakah gaya kehidu pan harian membahayakan din di alam barzah juga di padang Mahsyar. 
  6. Adapun “fasik” itu ialah segala perbuatan mahupun perkatan yang terkeluar danipada taat kepada Allah SWT, Islam telah mencabut beberapa perkara daripada orang fasik. 
  7. Misalnya tidak boleh menjadi wall nikah, tidak sah jadi saksi dan seumpamanya, malah boleh meruntuhkan akidah. 
  8.  Apa yang dimaksudkan dengan “jidal” ialah pertengkaran atau perbalahan yang boleh membawa kepada sakit hail dan perkataan yang bercanggah dengan akhlak mulia. 
  9. Tidak wajar seseorang itu sering kritik rakannya dalam semua perkara, apatah lagi dilakukan semasa mengerjakan haji. 
  10. Bahkan semasa seseorang duduk di Makah terutama di muslin haji, hendaklah sentiasa berlembut dan cenderungkan sikap kepada perdamaian, saling menghormati serta bertolak ansur sesama insan.
  11. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah.” (Surah Al-Anfal ayat 61). 
  12. Islam mengajar umatnya agar merendah din di hadapan orangorang yang beriman, istimewa di kalangan orang yang berusia tua. Lebih terhonnat daripada dirinya. Dia asuh dirinya secara komitmen supaya berakhlak mumi semasa mengejakan haji. 
  13. Akhlak murni atau perangai mulia itu, bukan sekadar tidak lakukan perkara yang buruk kepada orang lain. Tetapi mencegáh dan menghalang perangai bunk orang lain daripada berlaku dengan teguran yang lembut. Itulah yang dimaksudkan dengan “Husnul Khuluk.” 
  14. Perlu dilngat sewaktu di Makkah istimewa di musim haji jangan pakai pakaian yang dipakai oleh golongan sombong dan membangga dirt sebenarnya pakalan seumpama itu tidak perlu bagi orang yang kukuh iman dan berakhlak mulia. 
  15. Berpakaianlah sekadar menutup aurat dan tidak menjatuhkan maruah dirinya. Memakai pakaian seumpama orang sombong itu jika dilihat dan sudut ilmu jiwa, hanya untuk menutupi kelemahan atau kekurangan diri seseorang. 
  16. Berpakaian seperti pakalan orang sombong dan bangga diri, dibimbangi kelak Allah SWT akan tulis dalam senarai orang sombong dan takbur bersama Haman dan Firaun. Dikeluarkan namanya daripada senarai kumpulan orang salihin. 
  17. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Bahawasanya orang yang mengerjakan haji itu ialah orang yang berpakaian secara sederhana (sekadar menutup aurat) sahaja, tumpuan sepenuh hatinya hanya kepada Allah SWT sahaja.” 
  18. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotonan (memotong rambut mengerat kuku dan sebagainya) yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempumakan nazar-nazar (yang baik) dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumaah yang tua itu (Baitullah). (Surah A1-Hajj ayat 29).
  19. Ayat tersebut menggambarkan kehidupan semasa haji amat sederhana, hingga apabila selesai menunaikan haji diminta supaya mengemas diri semula dengan bercukur atau memotong rambut dan mengerat kuku.
  20. Semasa menunaikan haji perkara fudhulat seperti kuku dan rambut itu dilarang mengeratnya sebagai suatu peraturan syariat yang mesti dipatuhi. 
  21. Seolah-olah kehidupan semasa haji seperti tidak terurus kerana sedang menumpukan ingatan sepenuhnya kepada Allah SWT.
  22. Justeru itu menjadi suatu kaedah menyudahkan haji itu dengan memotong atau bercukur rambut, agar kehidupan sesudah haji kembali normal. 
  23. Sekiranya semasa menunaikan haji berkenderaan daripada jenis haiwan, hendaklah mereka berlemah lembut dengan haiwan. Jangan dibebani dengan muatan yang tidak terdaya haiwan kenderaan itu menanggungnya. 
  24. Apabila mengerjakan haji hendaklah dia melakukan ibadah kurban, sekalipun korban itu tidak wajib ke atasnya. 
  25. Dikehendakki lakukannya kerana kurban itu merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT Korban hendaklah daripada haiwan yang balk (gemuk). 
  26. Seseorang dikehendaki memakan daripada daging korban itu sebagai berkat, jika kurban itu daripada korban sunat tetapi dilarang memakannya jika korban wajib seperti korban nazar. 
  27. Di sisi Allah SWT korban itu ialah untuk mensucikan jiwa. Justeru jika mereka menawar harga haiwan supaya murah, bererti jiwanya masih diliputi dengan karat kedekut. 
  28. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak sekali-kali daging dan darah (korban) dapat mencapai keredaan Allat melainkan boleh mencapainya dengan ketakwaan.” (Surah Al Hàjj ayat 37)
MAUIDZAH: TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Harakah : 19 - 21 ZULKAEDAH 1433 / 5 - 7 Oktober 2012

Thursday, October 4, 2012

Kaedah mudah ke syurga berbanding ke neraka

  1. MESKIPUN golongan kuffar sudah tiada di kota Makkah, sunnah “raml’ (tawaf dengan berjalan pantas dengan langkah pendek pendek) tiga pusingan awal tawaf dikekalkan, sebagai meneruskan sunnah daripada sejarah Nabi s.a.w.
  2. Afdal tawaf dalam bentuk “raml” seboleh-bolehnya tubuh orang yang tawaf berdekatan dengan Baitullah, bererti medekati Kaabah rumah Allah mendapat berkat.
  3. Jika jauh dari Kaabah bererti pusingan tawaf berkeadaan “ram!” akan bertambah jauh, ia akan penat yang berlebihan dan boleh membawa kemudaratan, lebih-Iebih lagi kepada mereka yang berusia tua.
  4. Sekiranya tawaf bentuk “raml” tidak dapat dilakukan dekat dengan Baitullah kerana manusia terlalau ramai, maka “raml” dalam keadaan jauh lebih afdal iaitu keluar dari tempat berasak-asak dapat menghindar danipada terpijak kaki orang lain.
  5. Setelah selesai “raml” tiga kali maka bolehlah dia merapatkan kembali rapat dekat Baitullah yang mulia itu, ketika itu dia boleh meneruskan tawaf dengan berjalan biasa untuk empat pusingan yang akhir.
  6. Sekiranya orang yang tawaf berpeluang untuk kucup “Hajar Aswad” setiap pusingan maka lakukanlah kerana itu yang terbaik.
  7. Lantaran orang terlalu ramai menyebabkan sukar untuk berbuat demikian, sebagai gantinya bolehlah dia melambaikan tangan ke arah Baitullah, kemudian dikucupnya tangan yang melambai Kaabah tadi sebagai tanda hormat dan sayang kepada Rumah Allah yang berkat itu.
  8. Begitu juga kucup atau menjamah dengan tangan terhadap ‘Rukun Yamani’ (penjuru sebelum penjuru Hajar Aswad) juga disunatkan berbanding Rukun yang lain.
  9. Sesudah tawaf tujuh kali jika berpeluang pergi ke Multazam (ruang sehasta dua hasta di antara penjuru Hajar Aswad dengan pintu Kaabah), kerana tempat ini dikira tempat yang sangat mustajab untuk berdoa.
  10. Kalau boleh rapatkan tubuh dengan Baitullah dan bergayut di kelambu Kaabah, dan pipi sebelah kanan dan tangan lekapkan pada Baitullah.
  11. Dalam keadaan begitu sambil berdoa: “Allahumma ya Rabbal Baitil ‘Atiq, a’tik roqobati minan Nar. Allahumma haza maqamul A’izibika minan Nar" yang bermaksud: “Allahumma yang menjadi Tuhan rumah yang begitu lama, tolonglah lepaskan tengkukku daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku inilah tempat orang yang hendak berlindung denganmu daripada api neraka.”
  12. Ini suatu bukti bahawa kemuncak hidup manusia ialah berusaha untuk melepaskan diri daripada api neraka dan masukan diri dan jiwa ke dalam syurga.
  13. Selepas berdoa di Multazam dengan doa yang diajar oleh Nabi s.a.w., sewajarnya diikuti dengan doa kesejahteraan bagi seluruh keluarga daripada ancaman azab api neraka.
  14. Kemudian hendaklah berdoa untuk hajat tertentu dan mohon ampun daripada sebarang dosa, setelah selesai melakukan ibadat utama di Multazam beredarlah menuju ke belakang ‘Maqam Ibrahim’ untuk tunai dua rakaat solat sunat tawaf.
  15. Sesudah itu bendoalah dengan: “Allahummayassirli al yusro wa jannibni al ‘usro waghfirli fil ukhra wal-ula” yang bermaksud: “Wahai Tuhan permudahkanlah untukku yang mudah, jauhkan danipadaku perkara yang sukar, ampunkanlah dosaku yang dahulu dan akan datang.”
  16. Mohon permudahkan perkara yang mudah ialah mudah iaitu “syurga,” elakkan barang susah maksud yang susah ialah “neraka.”
  17. Maksudnya masuk syurga itu di permudah oleh Allah SWT telah menetapkan kaedah; satu kebajikan nilanya 10. Sudah berpahala walau baru berniat hendak melakukan kebajikan.
  18. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan jalan yang mudah. Dan adapun onang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup (tidak memerlukan Allah), serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” (Surah Al-Lail ayat 5 hingga l0).
  19. Antara syurga itu Allah SWT namakannya ‘Al-Yusro” barang mudah, niat hendak buat kebajikan, Tuhan janjikan pahala yang nialainya ialah syurga.
  20. Sedang satu kejahatan tetap dengan nilai saW sahaja, niat hendak buat kejahataan belum dikira berdosa, sebaliknya jika berjaya menghalang danipada melakukan kejahatan yang te!ah diniatkan akan mendapat pahala kebajikan.
  21. Hakikatnya masuk syurga itu mudah dengan kaedah yang diatur oleh Allah SWT. Sementara memasuki nenaka suatu yang payah jika menunut kaedah agama, kerana satu kejahatan tetap dengan nilai satu juga.
  22. Justeru itu doa; wahai Tuhan, aku mohon permudahkan benda yang mudah iaitu “syurga,” tolonglah wahai Tuhan elakkan perkara yang susah iaitu “neraka.”
  23. Dikatakan susah kerana satu kejahatan nilai dosanya satu juga. Berbanding satu kebajikan bernilai 10 tentulah lebih mudah untuk mendapat pahala yang banyak.
  24. Sekiranya seseorang tidak dapat masuk syurga sedangkan Allah SWT telah permudahkan dengan kaedah rahmat-Nya satu kebajikan bernilai 10 bahkan ada ayat yang menunjukkan berlipat hingga 700 kali ganda seperti yang dijelaskan oleh firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 261.
  25. Jika dengan Rahmat Allah Yang Maha Pemurah, manusia tenjerumus juga ke kawah neraka, ini membuktikan dia sudah tersalah langkah. Terpaksa salahkan diri yang telah menzalimi sendiri.


MAUIDZAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
24 - 27 SEPT 2012 / 8 - 11 ZULKAEDAH 1433